Hiburan

Pejuang Al-Quds Tewas Dengan Gelekan Seksi Isteri Yang Disiar Dalam TikTok

Terdahulu, penyanyi rap Caprice ada mendedahkan bahawa isterinya terkena perbuatan sihir.

Menurut Caprice, dia tidak menyangka dugaan selepas berkahwin itu lebih berat jika dibandingkan dengan waktu sebelum berumah tangga.

Namun, menerusi akaun TikTok isterinya ramai netizen memerli Caprice selepas menonton wanita itu bergelek menerusi salah satu video yang dimuat naik.

Beberapa netizen dilihat mempersoal Caprice yang sebelum ini lantang bersuara serta menegur artis-artis lain selain menggelar dirinya pejuang Al-Quds.

Ada yang sempat memerlinya berani menegur orang lain tetapi tidak isterinya sendiri.

Video isterinya, Farra Innalis menari di TikTok itu mendapat perhatian ramai sehinggakan mereka tertanya-tanya sama ada benarkah dia memang telah menjadi mangsa sihir.

Bagaimanapun, Farra sendiri telah tampil memberikan penjelasan berkenaan pertanyaan netizen sama ada benar dia disihir.

Jelasnya, dia memilih untuk tidak menunjukkan perkara negatif kepada semua pengikutnya. Farra juga berkata dia dan Caprice mempunyai karakter yang berbeza.

(Visited 1,620 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button