Nasional

UPSI, PASAK Bina Kemahiran Bakeri, Konfeksioneri Komuniti Perak

UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Pusat Sinergi TVET-UPSI, Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV) dengan kerjasama Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) menganjurkan program latihan TVETfuture Teknousahawan dalam bidang bakeri dan konfeksioneri baru-baru ini.

Dr Zahidah Ab Latif

Pelaksanaan program ini seiring dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana beliau menyatakan bahawa inovasi dan daya saing adalah teras utama dalam menghasilkan masyarakat madani.

Ketua Jabatan Keluarga dan Sains Konsumer FTV, Zahidah Ab Latif berkata program latihan berkenaan memfokuskan kepada kemahiran pembuatan kek, biskut dan roti serta bimbingan keusahawanan.

Prof. Madya Dr. Zaliza Hanapi

Katanya, ia dapat meningkatkan kompetensi peserta terutama golongan berpendapatan rendah (B40) dalam usaha meningkatkan pendapatan sosioekonomi terutama komuniti negeri Perak.

Program yang berlangsung pada 10 hingga 14 Oktober lalu itu, katanya, melibatkan 10 anak yatim yang berasal dari Perak yang berumur di antara 15 hingga 17 tahun.

Penerangan diberi oleh Penolong Pegawai Penyediaan Makanan
Chef Fuad Ashriq,

Beliau berkata di samping perkongsian ilmu, peserta juga dibekalkan kit penyediaan produk bakeri seperti ketuhar, pengadun, dan penimbang.

“Latihan ini dapat membentuk belia Perak untuk menjadi lebih berdaya saing, inovatif dan dapat mencipta kerjaya dalam bidang keusahawanan bakeri di masa akan datang,” katanya.

Dr Zahidah (tiga dari kanan) bersama peserta dan penganjur, Pusat Sinergi TVET-UPSI, Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV).

Pengarah program, Prof. Madya Dr. Zaliza Hanapi berkata, matlamat utama program ini adalah untuk memperkasakan latihan dan kemahiran dalam penghasilan produk bakeri serta bimbingan keusahawanan dalam kalangan komuniti.

Program ini dijalankan selama lima hari, terbahagi kepada dua slot setiap hari iaitu slot latihan kemahiran bakeri dan slot keusahawanan. Slot perkongsian ilmu bersama komuniti telah diadakan pada hari terakhir di mana peserta berkongsi ilmu penyediaan kek kepada warga emas dari Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Tanjong Malim.

Peserta bersama Puan Salwani Hassan (wakil PPD Muallim) dan ahli Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Tanjong Malim

Sementara itu, salah seorang peserta dari Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, Azizah Roskang, 15, berkata dia menyertai bengkel ini kerana minat yang mendalam pada bidang bakeri dan bercita- cita menjadi seorang chef.

Dr. Zaliza berharap semua peserta yang hadir pada program itu memanfaatkan ilmu yang diperoleh dengan sebaiknya untuk menghasilkan produk yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi. -SM

Baca : Kunjungan CPRI UPSI ke tiga buah Universiti Aceh buka ruang kerjasama

(Visited 230 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button