Politik

PRU-15: Tiga kaedah pengagihan kerusi MN

ADAKAH Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) semakin dekat? Ia dilihat demikian apabila Muafakat Nasional (MN) digesa menyegerakan pembahagian kerusi.

Malah difahamkan, strategi pengagihan kerusi juga kini sedang dirangka menerusi formula tertentu.

BACA > Bantuan pakej PRIHATIN diteruskan sejajar PENJANA – Tengku Zafrul — Suara Merdeka

Menurut Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustpaha Yaakub, MN boleh menggunakan kaedah pembahagian kerusi menerusi jumlah undian.

Beliau berkata, teknik itu boleh diguna berdasarkan jumlah undian yang diperoleh UMNO dan Pas dalam PRU-14 pada 2018.

“Terdapat tiga kaedah boleh diambil MN iaitu berdasarkan dominasi. Kerusi yang dimenangi oleh Pas atau UMNO dalam PRU lalu wajar ditandingi parti berkenaan.

“Bagi kerusi yang kalah pula boleh ikut kiraan undi yang paling banyak. Sama ada Pas ataupun UMNO mana yang lebih tinggi dialah akan bertanding,” katanya dipetik laporan Malaysiakini hari ini.

BACA > Jangan tukar SOP ditetapkan kerajaan – Ismail Sabri — Suara Merdeka
BACA > Penjarakan sosial: Rapid KL akur arahan kerajaan — Suara Merdeka

Tambah beliau, kedua-dua pihak juga boleh menggunakan budi bicara bagi kawasan yang dilihat mempunyai kekuatan hampir sama.

Jelas Mustapha lagi, semua pihak berlu berjiwa besar untuk melaksanakan formula ini supaya dapat dilakukan dalam situasi menang-menang.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan pemimpin supaya memberi penerangan yang jelas kepada akar umbi mengenai tindakan yang diambil.

“Apabila pengagihan selesai, kedua-dua parti juga perlu memberi penerangan yang jelas kepada setiap peringkat pimpinan dan penyokong.

BACA > Pas P.Pinang gesa SPRM siasat Guan Eng, Tommy — Suara Merdeka
BACA > PH kecewa dengan keputusan Peguam Negara terhadap kes Musa Aman — Suara Merdeka

“Saya melihat perlunya MN menyelesaikan secepat mungkin untuk mencapai kata sepakat dan persediaan awal,” ujarnya. – SM

(Visited 221 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button