Ekonomi

Pos Malaysia Berhad pamer prestasi berdaya tahan dalam persekitaran mencabar

Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia)  penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional hari ini mengumumkan keputusan suku kedua 2023 dengan hasil RM465.2 juta bagi tempoh tiga bulan berakhir 30 Jun 2023, dan mencatatkan peningkatan sebanyak 14.4% bagi kerugian sebelum cukai (LBT) sebanyak RM20.8 juta berbanding suku pertama 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Berhad, Charles Brewer berkata” “Kami memberi tumpuan penuh dalam meningkatkan prestasi kewangan Syarikat, menyokong penggunaan teknologi digital, menambahbaik khidmat pelanggan secara  menyeluruh dan memperkasakan kelestarian untuk masa depan yang lebih mesra alam.

“Model perniagaan yang  mengutamakan kebajikan pekerja, pelanggan dan alam sekitar adalah keutamaan kami.

“Kami beroperasi dalam persekitaran yang sangat mencabar, dan Pos Malaysia akan terus mengharungi cabaran-cabaran ini dengan memberi tumpuan kepada kos berubah, rasionalisasi rangkaian dan juga aliran kerja kami. Peningkatan pada suku kedua 2023 berbanding suku pertama tahun ini mencerminkan kerja keras semua kakitangan Pos Malaysia dan komitmen berterusan kepada pelan transformasi kami.”

Mengulas mengenai prospek baki tahun ini, Charles berkata “Kami telah mencapai kemajuan  yang memberangsangkan dalam melaksanakan pelan transformasi kami, dan saya amat berbangga dengan usaha setiap Pos Malaysia Wira.

Sebagai contoh kemajuan yang telah kami capai, dalam Kajian Cabaran Kurier oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia baru-baru ini, Pos Malaysia mencatatkan penilaian sebanyak 96% untuk “Prestasi Penghantaran Terjamin” berbanding markah purata sebanyak 78% bagi industri kurier Malaysia.

“Kami akui \cabaran-cabaran yang kami hadapi akan terus berterusan, tetapi kami tetap optimis dengan prestasi dan keputusan yang lebih baik untuk tahun 2023. Kami kekal fokus dengan kenyataan misi kami iaitu membina kepercayaan untuk menghubungkan kehidupan dan perniagaan demi masa hadapan yang cemerlang,” katanya. – SM

(Visited 216 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button