Politik

Pendakwa mohon prosiding kes Zahid Hamidi dihentikan

Pihak pendakwa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon kepada mahkamah tinggi pada hari ini untuk menghentikan prosiding perbicaraan pertuduhan membabitkan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar mengemukakan 11 alasan untuk menhentikan prosiding representasi yang dikemukakan tertuduh menyentuh isu siasatan berkaitan Timbalan Perdana Menteri itu.

Menurutnya, ini akan memberi kesan kepada Zahid Hamidi malah ia dikatakan dibuat secara terburu-buru, cuai, pramatang dan tidak lengkap. Selain itu  dilepas tanpa dibebaskan atas semua pertuduhan (DNAA).

“Untuk tidak menafikan hak tertuduh (Ahmad Zahid) dan lebih penting lagi, supaya tiada salah laku di sisi undang-undang berlaku, kami percaya bahawa pertuduhan terhadap tertuduh perlu di berhentikan buat masa ini, tetapi hanya memberikan kesan DNAA kepada tertuduh sehinggalah siasatan yang lebih menyeluruh dan lengkap selesai,” katanya.

Bagaimanapun, peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid membantah permohonan itu dan memohon supaya anak guamnya dilepas dan dibebaskan (DNA).

Zahid sebelum ini diarah membela diri atas 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pengubahan wang haram.

Beliau dituduh melakukan pengubahan wang berjuta-juta ringgit daripada Yayasan Akalbudi dan menerima rasuah untuk pelbagai projek semasa beliau menjadi menteri dalam negeri antara 2013 dan 2018.

Artikle Berkaitan :>

Kes Zahid Hamidi: Mahkamah diberi tarikh tambahan hingga Ogos, sambung 10 April

Perbicaraan kes rasuah Zahid Hamidi ditangguh esok, perlu hadir mesyuarat Jemaah Menteri

(Visited 106 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button