Hiburan

Katarsis Seni adakan program memperingati sejarah seni Malaysia 80-an

Satu program sempena memperingati sejarah seni di Malaysia bakal diadakan di Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur anjuran bersama Katarsis Seni bersama Majlis Mahasiswa Kolej Za’ba Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 1 dan 2 September 2023.

Objektif utama yang digariskan dalam program ini adalah untuk memperingati sejarah seni di Malaysia pada tahun 80-an di tapak warisan sejarah di Pasar Seni Kuala Lumpur sejurus melakar satu elemen melalui apresiasi jiwa dalam kalangan generasi muda melalui Pendidikan.

Nuasa Teaterikal Pasar Seni

Selain itu mengangkat sejarah perkembangan awal seni dan sastera di Pasar Seni Kuala Lumpur dengan menerapkan pelbagai mesej positif sempena bulan patriotik ini.

Acara ini menampilkan beberapa orang artis iaitu Sani Sudin, SN Datuk Dr. Siti Zainon Ismail, Fairuz Pujangga, Moh Azam, Shafa’atussara, Saiful Wazien, Adiwangsa Sukma dan barisan pelajar dari Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (UPSI).

Barisan produksi terdiri daripada Maisarah Yazid (Pengarah program, MMK KZ), Nazihan Abdullah (Pengarah persembahan merangkap penulis skrip) dan Amsalib Pisali (Pengarah kreatif).

Sani sudin turut menjayakan persembahan

Pelbagai genre persembahan ada diadakan antaranya puisi, monolog, lagu puisi, puisi, pantun dan pelbagai lagi.

Acara dimulakan dengan lakonan hebat dari Saiful wazien dengan dibantu essembled dari mahasisawa UPSI dan diakhiri dengan nyanyian lagu Tanggal 31.

Program ini telah memberi impak yang positif kepada mahasiswa dan mahasiswi yang turut berkerjasama dalam mempromosikan seni dan budaya Malaysia dengan mengangkat seni, sastera, budaya dan Pendidikan antara penggiat dan penghayat.

pelbagai kebudayaan turut dipersembahkan

Secara tidak langsung dapat mendedahkan kepada orang ramai tentang kepelbagaian budaya yang menggambarkan imej dan reputasi Malaysia yang perlu dihargai.

Di samping itu, ia dapat membantu meningkatkan kesedaran dan pengiktirafan orang ramai terutamanya kepada pelancong asing menerusi penyampaian mesej daripada setiap perincian program dalam mendidik masyarakat bermula dari bawah dan berpasak di bumi Merdeka.

Artikle Berkaitan :>

UPSI santuni warga pelajar dan komuniti melalui aktiviti kebudayaan

Gabungan pakaian tradisi timur, barat curi perhatian negara luar

(Visited 96 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button