Hiburan

Keena Mentor dedah rakaman OST filem Misteri Roh Pulau Penunggu ada penampakan

Penyanyi dan pelakon Keena Mentor mendedahkan sesuatu yang agak menyeramkan iaitu terdapat kejadian pelik berlaku semasa sesi rakaman lagu terbarunya untuk dijadikan lagu runut bunyi (OST) bagi filem Misteri Roh Pulau Penunggu.

Menurutnya, semasa menulis sendiri lirik lagu itu, ada satu kejadian mistik berlaku di dalam studio.

Filem penuh misteri

‘’Penghasilan lirik lagu ini turut dibantu oleh gitaris, Andy Irwandy dari kumpulan Typewriter dan semasa Andy mengolah lagu tersebut di dalam studio, secara tiba-tiba berlaku benda pelik seperti kerusi bergerak sendiri dan lagu juga turut hilang dari dalam data.

‘’Atas beberapa faktor, Andy menyiapkan lagu tersebut di siang hari. Jika buat lagu itu pada waktu malam, bulu roma akan meremang kerana bait lagu yang begitu seram,” katanya.

Selain itu, Keena juga berkongsi pengalaman semasa sesi penggambaran di Perak, terdapat juga kejadian mistik dan aneh yang berlaku terhadap krew serta pelakon.

‘’Pelbagai dugaan ditempuhi dalam pembikinan filem ini. Salah seorang daripada krew digigit lipan dalam gua.

“Saya dan Tom menjadi histeria dan dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan, kami diganggu dalam kereta. Kami lihat ada ‘penampakan’ yang tinggi di atas kereta.

‘’Saya pula diletakkan di tengah tasik yang sudah 25 tahun orang tidak berani jejak kaki di situ malahan hampir diserang oleh seekor ikan toman yang besar.

“Namun demi menjayakan watak, saya beri perhatian sepenuhnya. Saya juga terharu atas komitmen pelakon yang sangat berdisiplin dan memberi kerjasama sepenuhnya,” ujar beliau.

Misteri Roh Pulau Penunggu adalah sebuah filem seram yang mengisahkan tentang pelajar-pelajar dari golongan elit iaitu Johan, Keena, Aida, Hezry, Faizal, Tom dan Farhan melakukan ekspedisi ke luar bandar dalam mencari hantu.

Pengambaraan Misteri Roh Pulau Penunggu

Namun kejadian aneh dan misteri mula berlaku selepas mereka menginap di salah sebuah rumah banglo lama yang terbiar.

Disituah segalanya bermula dan mereka mengalami peristiwa diganggu roh-roh kejam di pulau tersebut.

Antara pelakon yang menjayakan filem seram Misteri Roh Pulau Penunggu

Filem ini menghimpunkan para pelakon dari racangan realiti televisyen iaitu Keena sendiri, Tom GV9, Erul dan Putra Amaris.

Pengarah filem ialah Shahridan Popeye dan filem ini adalah terbitan Astro First. – SM

Artikle Berkaitan :>

Riyadh kembali kepada asal-usul, Halloween bukan bidaah dan cuma festival tentang hantu!

Lomo Picture filem EMPAT tolak ia bermaksud “mati”!

(Visited 232 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button