Ekonomi

Bank Rakyat terbit Sukuk Wakalah Senior bernilai RM1.5 bilion

BANK RAKYAT menerbitkan RM1.5 bilion Nota Kewangan Islam Jangka Sederhana (IMTN) Sukuk Wakalah melalui syarikat tujuan khas (SPV) Imtiaz Sukuk II Berhad. Terbitan ini dilaksanakan menerusi proses pembinaan buku pada 21 April 2022 di bawah Program Sukuk Wakalah sehingga RM10 bilion yang diberikan penarafan AA2 oleh RAM Rating Services Bhd.

Bank Rakyat dalam satu kenyataan berkata, terbitan tersebut merangkumi dwi-tranche iaitu RM700 juta untuk tempoh lima tahun dan RM800 juta untuk tempoh tujuh tahun yang mana diterbitkan pada 12 Mei 2022. Bank berkenaan juga berjaya mengumpul permintaan yang baik bagi Sukuk Wakalah Senior mereka dengan nisbah bida kepada perlindungan sebanyak 1.30 kali daripada jumlah akhir terbitan.

Hasil yang terkumpul daripada terbitan itu akan dimanfaatkan oleh Bank bagi tujuan keperluan modal kerja, perbelanjaan modal, pelaburan umum, menyediakan pembiayaan dan tujuan korporat am.

Maybank Investment Bank Berhad, RHB Investment Bank Berhad, Bank Muamalat Malaysia Berhad dan CIMB Investment Bank Berhad dilantik sebagai pengurus utama bersama dan pengatur utama terbitan buku bagi program Sukuk Wakalah tersebut. – SM

Baca artikel ini juga: Bank Rakyat meterai perjanjian terbit sukuk RM10 bilion

 

(Visited 393 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button