Nasional

Cukai perkhidmatan akan dinaikkan daripada enam kepada lapan peratus

KERAJAAN bercadang menaikkan kadar Cukai Perkhidmatan daripada enam peratus kepada lapan peratus, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika membentangkan Bajet 2024, Anwar berkata bagi mengelakkan bebanan rakyat, kenaikan itu tidak terpakai kepada perkhidmatan seperti makanan dan minuman serta telekomunikasi.

Beliau berkata kerajaan akan menguatkuasakan pelaksanaan Cukai Keuntungan Modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih pada kadar 10 peratus bermula 1 Mac ini.

“Kerajaan juga sedang mempertimbangkan pengecualian Cukai Keuntungan Modal ke atas pelupusan saham berkaitan aktiviti tertentu, seperti Tawaran Awam Permulaan (IPO) yang diluluskan, penstrukturan semula dalaman dan syarikat modal teroka tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. ”

Tambah Anwar, kerajaan akan menggubal undang-undang baharu bagi melaksanakan Cukai Barang Bernilai Tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barangan bernilai tinggi tertentu seperti barang kemas dan jam tangan berdasarkan nilai barangan. -SM

Baca : Kerajaan akan teruskan pemberian rebat elektrik kepada golongan miskin

 

(Visited 22 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button