MahkamahNasional

Guan Eng: Kami akan berjuang habis-habisan – Gobind

GOBIND Sing Deo yang menjadi peguam kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berjanji akan berjuang habis-habisan membela anak guamnya.

Beliau berjanji sedemikian kerana yakin bahawa anak guamnya itu tidak bersalah terhadap pertuduhan hari ini.

Guan Eng dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini dibawah Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Ahli Parlimen Bagan itu dituduh di mahkamah apabila didakwa meminta suapan 10 peratus daripada projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.

“Tetapi kita menafikan sekeras-kerasnya pertuduhan ini dan kita ingin menegaskan sekali lagi bahawa akan melawan sehingga habis-habisan.

BACA > ‘Bila BN kena, terus kata bersalah, bila DAP, pendakwaan politik’ – Suara Merdeka

“Bagi membuktikan bahawa anak guam kita, Lim Guan Eng memang tidak bersalah untuk pertuduhan yang telahpun dikemukakan hari ini.”

Demikian tegas peguam yang juga Timbalan Pengerusi DAP itu dalam sidang akhbar di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Tambah Gobind, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi, terdapat perkara berbangkit berkaitan pendakwaan tersebut.

Menurutnya, pihak pendakwaan tidak menyatakan jumlah suapan yang diterima bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

“Memang satu perkara yang berbangkit adalah sama ada ketinggalan pihak pendakwa untuk menyebut jumlah dalam bentuk wang dan jumlah suapan dinyatakan.

“Itu adalah satu perkara yang fatal kepada kita cukup jelas tuduhan tidak menyatakan apa-apa jumlah, hanya nyatakan kononnya ada permintaan 10 peratus.

BACA > Sejak 2009, Tuhan memerhati Lim Guan Eng – Suara Merdeka

“Ini adalah menjadi satu perkara yang kita akan perhalusi.

“Tetapi kepada kita, apa perkara yang kita harus laksanakan adalah melihat dokumen yang akan diserahkan kepada kita oleh pihak pendakwaan,” jelasnya.

Sebelum itu, Guan Eng didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di bawah Akta SPRM 2009 yang sabit kesalahan boleh dikenakan penjara maksimum 20 tahun.

Beliau juga boleh dikenakan denda lima kali daripada nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi.

Terdahulu, SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya mendapat keizinan daripada Peguam Negara bagi mendakwa Guan Eng.

Beliau juga bakal berhadapan dua lagi pertuduhan dan akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth pada Isnin dan Selasa hadapan.

BACA > Guan Eng mengaku tidak bersalah, bayar separuh wang jaminan – Suara Merdeka

Bagi pertuduhan tersebut, Guan Eng akan didakwa di bawah Seksyen 23, Akta SPRM 2009. – SM

(Visited 139 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button