Ekonomi

U Mobile dan Funding Societies tawarkan pembiayaan perniagaan

U MOBILE, syarikat telekomunikasi berpusatkan data yang memenangi pelbagai anugerah, mengumumkan jalinan kerjasama dengan Funding Societies, sebuah platform pembiayaan dalam talian antara rakan setara (P2P) yang terbesar di Asia Tenggara, untuk menawarkan penyelesaian pembiayaan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) serta pelanggan pejabat kecil/pejabat rumah (SOHO) di Malaysia menerusi penyelesaian penerimaan pembayaran digitalnya, GoBiz.

Menerusi kerjasama dengan Funding Societies, U Mobile bertujuan memperkasakan perusahaan mikro dan PKS tempatan serta pemilik perniagaan SOHO di Malaysia dengan memenuhi satu
keperluan umum, iaitu kekurangan modal kerja untuk mengembangkan perniagaan.

Menerusi laman web GoBiz, www.gobiz.com.my pelanggan U Mobile dan GoBiz dapat mengakses platform bantuan pembiayaan P2P Funding Societies yang mampu menyokong pertumbuhan pendapatan, serta menampung jurang aliran tunai jangka pendek dan turun naik pendapatan, lebih-lebih lagi dalam tempoh ekonomi yang mencabar ini.

Di samping itu, mereka juga dapat menikmati fleksibiliti dari segi nilai pinjaman kerana Funding Societies menawarkan saiz pinjaman dari RM3,000 hingga RM1 juta.

Permohonannya sangat mudah kerana pemohon dapat menjalankan segala proses dalam talian menerusi laman web GoBiz. Malahan, pemohon yang merupakan pelanggan U Mobile atau GoBiz
tidak perlu memberikan cagaran atau jumlah tahanan wang.

Setelah menyerahkan semua dokumen yang berkenaan, pemohon akan mendapat notifikasi pantas dalam dua hari bekerja sahaja mengenai status permohonan mereka.

Selain itu, pelanggan GoBiz juga dapat menikmati satu keistemewaan, iaitu mereka tidak perlu mengemukakan dokumen tambahan bagi membuktikan pendapatan sekiranya mereka mempunyai sekurang-kurangnya 6 bulan transaksi bulanan aktif dengan GoBiz.

Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, Jasmine Lee berkongsi bahawa kerjasama dengan Funding Societies itu selari dengan komitmen U Mobile untuk merealisasikan potensi sebenar pelanggan mereka.

“Menerusi kerjasama dengan Funding Societies, U Mobile menawarkan akses pembiayaan kepada pemilik perusahaan mikro, PKS dan SOHO di Malaysia. Pembiayaan ini bukan sahaja sangat bermanfaat bagi perniagaan yang menghadapi kesukaran mendapat pinjaman bank konvensional, malah relevan dalam tempoh pandemik global yang tidak menentu ini.

“Tambahan pula, perkhidmatan baharu ini sangat mudah, kerana segala proses dapat dijalankan dalam talian menerusi laman web GoBiz kami dalam masa kurang seminit!

“Kami berharap perkhidmatan ini dapat membantu PKS dan pemilik perniagaan SOHO Malaysia untuk meringankan tugasan pentadbiran supaya mereka mempunyai lebih masa dan sumber untuk mengembangkan perniagaan.”

Wong Kah Meng, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Funding Societies Malaysia, menegaskan pembiayaan digital semakin mendapat sambutan dalam beberapa tahun ini.

Antaranya ialah pembiayaan P2P yang dapat membantu menampung jurang pembiayaan PKS dengan menyediakan sumber modal yang menarik untuk membiayai pengembangan PKS tempatan, serta memenuhi keperluan kewangan yang lain.

“Walaupun PKS memberikan sumbangan penting kepada ekonomi negara, sebilangan besar PKS masih menghadapi kesukaran mendapat perkhidmatan daripada institusi kewangan tradisional.

“Justeru, misi kami adalah untuk membantu PKS ini berkembang menerusi pembiayaan perniagaan. Kerjasama kami dengan U Mobile akan meningkatkan akses pelanggannya kepada pelbagai pilihan pembiayaan menerusi platform GoBiz, dengan memanfaatkan infrastruktur teknologi proprietari kami untuk berhubung dengan U Mobile secara lancar.

“Ini dapat mendigitalkan dan meringkaskan proses permohonan PKS, seterusnya meningkatkan akses mereka kepada pembiayaan.

“Menerusi kerjasama ini, kami menyediakan peluang lebih besar kepada perniagaan yang sukar mendapat pembiayaan untuk memperoleh produk-produk pembiayaan kami yang disesuaikan dengan keperluan mereka.”

Perniagaan yang berkelayakan boleh menyerahkan permohonan menerusi platform GoBiz untuk menikmati manfaat-manfaat berikut daripada Funding Societies:

● Jumlah pembiayaan sehingga RM100,000 untuk Pembiayaan Mikro dan sehingga RM1 juta
untuk Pembiayaan Jangka Masa Perniagaan
● Pembayaran balik yang pantas dengan kelulusan secepat 2 hari bekerja
● Tempoh pinjaman fleksibel antara 3 hingga 18 bulan
● Keperluan dokumentasi yang minimum
● Syarat jumlah tahanan (wang) dikecualikan
● Kadar faedah yang kompetitif
● Tiada syarat cagaran-SM

(Visited 314 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button