Nasionalpilihan

Pelan Pemulihan Negara bantu sektor perniagaan buat perancangan pelaburan, penggajian pekerja

PENGUMUMAN Pelan Pemulihan Negara oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 Jun lalu dilihat dapat menjadi garis panduan kepada sektor ekonomi.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, indikator yang perlu dicapai di setiap fasa ialah berdasarkan penularan dalam komuniti, kapasiti ICU dan jumlahrakyat yang telah divaksinasi.

“Ini bukan sahaja membolehkan semua pihak melaksanakan peranan masing-masing untuk memangkinkan pemulihan dari segi pematuhan SOP dan vaksinasi.

“Malah sektor perniagaan juga dapat membuat perancangan berkaitan pelaburan dan penggajian pekerja,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) Ke-57, hari ini.

Menurut Tengku Zafrul, strategi yang dikongsi ini juga mampu memberi harapan dan menggalakkan semua rakyat untuk mendokong usaha ini ke arah peralihan keluar daripada PKP.

“SOP bagi setiap aspek kehidupan kita dari segi ekonomi, kawalan pergerakan dan sosial juga telah diperjelaskan dengan terperinci.

“Adalah diharapkan bahawa perincian ini akan memberi rakyat dan perniagaan satu garis panduan yang jelas dan nyata bagi membantu mereka membuat perancangan awal bagi menghadapi cabaran COVID-19,” katanya.

Tambahnya, pihajnya juga sentiasa memantau dan menambahbaik inisiatif-inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan bagi meringankan beban rakyat. -SM

(Visited 224 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button