Politik

Adakah SPRM merupakan agensi perang saraf politik Pakatan Harapan?

SIDANG media Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya, yang mendedahkan sembilan klip rakaman audio semalam terus mengundang kritikan.

Terbaharu peguam Adnan Seman berkata, adakah tindakan Latheefa yang merupakan bekas Ahli jawatankuasa Pusat PKR telah menjadikan SPRM agensi perang saraf politik Pakatan Harapan. Berikut tulisan penuh Adnan yang telah dikongsi di Facebook beliau hari ini.

Adakah SPRM merupakan agensi perang saraf politik Pakatan Harapan?

1. Pendedahan audio rakaman oleh SPRM adalah subjudis kepada perbicaraan kes SRC dan 1MDB melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang berjalan.

2. Pada 29 Oktober 2018, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen (PAC) menangguhkan sesi pertama prosidingnya mengenai skandal 1MDB bagi mengelakkan sebarang subjudis dalam perbicaraan jenayah yang sedang berjalan.

3. Istilah undang-undang subjudis menghalang perbincangan semasa prosiding mahkamah sedang berlangsung demi melindungi sesebuah prosiding mahkamah itu daripada sebarang pengaruh atau tohmahan.

4. PAC membuat keputusan itu selepas menerima sepucuk surat Pejabat Peguam Negara (AGC) yang menasihatkan mereka untuk menangguhkan prosiding.

5. Berbeza dgn PAC mahupun PDRM pihak SPRM yang diketuai oleh Latheefa Koya seorang ahli politik dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan bekas Ahli jawatankuasa Pusat PKR bukan sahaja telah mengambil keputusan SPRM memutuskan sendiri kesahihan rakaman audio malah telah mendedahkan kepada umum melalui satu sidang media ketika perbicaraan berkaitan 1MDB sedang berjalan.

6. Tindakan ini adalah pertama kali dalam sejarah negara sejak merdeka pada 1957 dan ianya adalah satu pencabulan prinsip undan-undang yang sangat jelas dan kini meletakkan SPRM sebagai satu agensi perang saraf di bawah Parti Pakatan Harapan.

7. Ketika kes perbicaraan 1MDB melibatkan bekas PM ke-6, Datuk Seri Najib Razak sedang berjalan, sebarang rakaman atau apa jua bukti baru seharusnya disiasat dan diserahkan kepada pihak Mahkamah bagi tujuan perbicaraan.

8. Tindakan SPRM mengadakan “Perbicaraan Awam” dengan mendedahkan rakaman audio tersebut adalah satu tindakan memperkudakan SPRM untuk tujuan politik dan amat memualkan.

9. Pendedahan audio melibatkan bekas PM dan beberapa individu tanpa melalui siasatan mahupun perbicaraan juga telah meletakkan penama-penama yg disebut sebagai bersalah termasuk pihak dari negara luar dan ini turut menimbulan krisis diplomatik dan kebimbangan rakaman mana2 pihak dengan Perdana Menteri atau mana2 pegawai kerajaan sedang dirakam dan boleh disalahgunakan.

10. Saya memuji tahap profesionalisme pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila tidak membuat tayangan umum atau kepada media apa-apa video atau bukti-bukti baru yang ditemui berkaitan video semburit yg dikaitkan dgn seorang Menteri atas tujuan siasatan, pembuktian dan pendakwaan di Mahkamah.

11. Itulah prinsip kedaulatan undang-undang.. Pihak SPRM atau PDRM membuat siasatan, melengkapkan laporan siasatan utk diserahkan kepada pihak Jabatan Peguam Negara yg akan pula menentukan samada pendakwaan dibuat atau tidak. Perbicaraan berjalan di Mahkamah dgn tertuduh diberikan hak membela sebelum Mahkamah memutuskan tertuduh bersalah atau tidak.

12. SPRM nampaknya melanggar prinsip tersebut apabila sedang membuat perbicaraan awam berkaitan 1MDB dan kita tunggu apa lagi perkara yg akan didedahkan SPRM tanpa perlu didedahkan kepada mahkamah dalam perbicaraan.

Adnan Seman

(Visited 242 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button