Nasional

ATM bantu Kementerian Kesihatan sediakan hospital sementara di Pokok Sena

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) terus bekerja sama rapat dengan Kementerian Kesihatan dalam memerangi wabak Covid-19 yang semakin meruncing.

Terbaharu ialah kerjasama ATM dalam menyediakan hospital sementara atau ‘makeshift hospital’ di dalam kawasan penjara Pokok Sena, Kedah yang akan mula boleh digunakan pada Selasa ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Adham Baba berkata, hospital sementara itu dibina menggunakan dua blok bangunan bengkel dalam penjara tersebut yang ditukar fungsi menjadi kemudahan kesihatan sementara bagi merawat pesakit Covid-19.

Katanya, ini termasuk yang memerlukan bantuan oksigen.

“Selain mampu menempatkan sehingga 250 pesakit jika perlu, kemudahan ini juga boleh menempatkan pesakit dari penjara-penjara lain di sekitar Kedah.

“Hospital sementara ini lengkap dengan kemudahan ketegori tiga dan kategori empat kerana mempunyai kemudahan unit rawatan rapi (ICU) bagi pesakit yang memerlukan bantuan oksigen sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alot Setar,” katanya dalam kenyataan. – SM

 

(Visited 282 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button