Nasional

Peguam minta mahkamah keluarkan waran tangkap terhadap Syed Saddiq

MAHKAMAH Majistret Kajang diminta mengeluarkan waran tangkap ke atas Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kerana gagal hadir untuk perbicaraan kes ‘tisu koyak’.

Peguam kepada anggota Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris memohon perkara itu ekoran Menteri Belia dan Sukan itu sebagai saksi utama tidak hadir untuk perbicaraan hari ini.

Perbicaraan itu bermula hari ini di Mahkamah Majistret Kajang selepas sembilan bulan insiden itu berlaku.

Wan Muhammad Azri atau lebih dikenali sebagai Papagomo didakwa oleh Pejabat Peguam Negara atas pertuduhan mencederakan dan mengaibkan seorang menteri.

“Saya jangkakan Syed Saddiq hadir di Mahkamah Majistret Kajang jam 9 pagi ini bagi memberi keterangan dalam kes yang beliau laporkan kepada polis pada 16 Febuari lalu,” kata Wan Muhammad Azri.

Katanya, selaku tertuduh beliau sudah bersedia untuk mendapatkan keadilan untuk dirinya, isteri dan anak-anak.

Malah beliau yakin rakyat Malaysia mahu mendengar keterangan Syed Saddiq bagaimana insiden tersebut berlaku sehingga memberi kesan kecederaan yang serius ke atasnya.

Syed Saddiq kini dikatakan ada tugasan di luar negara. -SM

(Visited 107 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button