Hiburan

Enot nafi ‘berkahwin’ dengan pengkid

PELAKON wanita yang dikenali sebagai Enot atau nama sebenarnya, Aliza Abdullah menyoal dakwaan yang dia sudah ‘bersuamikan’ seorang pengkid seperti didakwa oleh pelawak Didie Alias.

Nampaknya hubungan di antara dua selebriti ini seperti tidak berkesudahan apabila masing-masing saling berbalas melalui kenyataan media.

Enot menegaskan, dia masih tahu hukum agama dan sama sekali tidak memaafkan insan yang memaki hamun dengan mempermainkan nama arwah ibunya.

“LILAHITAALA atas nama mak aku,aku tak pernah mengeluarkan statement berkahwin? Dan tok kadi mana pulak yang boleh nikah kan aku tu? Aku masih tau hukum agama! Jangan nak hukum aku macam aku orang kapir pulak ye x tau apa2! Yang memaki hamun aku dalam dm dan mempermainkan nama arwah mak aku ingat aku x maafkan ko sampai bila2! Dosa aku dengan Allah aku boleh minta ampun tapi dosa korang dengan aku?” catat Enot.

Enot yang mula mencipta nama dalamindustri hiburan pada tahun 2000 memilih untuk berdiam diri kerana takut akan bercakap mengenai aib orang lain tanpa sedar serta ‘berterima kasih kepada semua yang memaki hamun tanpa mengetahui cerita sebenar daripadanya.

Kenyataan media dari Enot

Sebelum ini, Enot mengeluarkan kenyataan di Tiktok enot7812 menjawab luahan yang dibuat oleh rakan pelawak seperti yang disiarkan di Melodi.

Kenyataan Media dari Enot

Isu tersebut timbul selepas Didie Alias menangis ketika ditemu ramah di Melodi apabila ditanya perihal rakan baiknya yang didakwa sedang menjalin hubungan songsang serta mendoakan rakan baiknya itu kembali ke pangkal jalan.

Walaupun tidak dinyatakan secara jelas siapakah individu tersebut namun warganet mula meneka dan mendedahkan rakan baik Didie itu adalah Enot. – SM

Artikle Berkaitan ;>

Anak arwah Ridzuan Hashim terkilan bapanya tak sempat hadir ke majlis perkahwinan

 

(Visited 4,213 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button