Hiburan

Adibah Noor tawar ajar bahasa Inggeris di Didik TV

Penyanyi dan pelakon Adibah Noor yang menjadi perhatian beberapa hari ini menawarkan diri untuk menjadi pengajar pendidikan Bahasa Inggeri di Didik TV.

Adibah yang membuat teguran secara terbuka terhadap kesalahan sebutan bahasa Inggeris Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Daruk Seri Rina Harun membuat tawaran tersebut di Twitternya har ini.

“Saya nak offer diri kepada @KemPendidikan untuk jadi perantara yang mengajar bahasa Inggeris kat didiktv, boleh?” kata Adibah.

Didik TV Kementerian Pelajaran Malaysia dilancarkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin hari ini dan akan menjadi saluran pendidikan khususnya bagi pembelajaran di rumah.

Ramai pengikut Adibah teruja selepas beliau menawarkan diri untuk menjadi pengajar di Didik TV.

“Setuju, dulu masa Kak Dibah jadi pengacara radio pun banyak kelas secara tak langsung, mmg seronok, tak macam sekarang. Mati sel otak dengar orang merapu,” komen HfourlQrourL.

“Nice! Bayangkan Kak Diba potpetpotpet in Wnglish dengan segala macam mimik muka,” kata FarahShahida.

Bagaimanapun ada juga yang sinis terhadap tawaran Adibah yang tidak dapat dipastikan sama ada benar-benar berminat atau sekadar melawak.

“Tak payahlah ambik dia ni, acah je lebih, mentang-metang la setiap kali tweet boleh viral, semua benda nak dikritiknya. Nak jadi pengajar apply la dekat tempat yang betul ini dekat Twitter buat apa. Yelakan dapat retweet banyak senang la viral lepas tu dapat la job tu ya tak,” sindir Joe.

Kelmarin, Adibah, 50, mengambil inisiatif memperbetulkan sebutan Rina yang dikatakan salah ketika memberi ucapan dalam bahasa Inggeris menerusi satu persidangan secara maya, baru-baru ini.

Menyedari kesilapan sebutan yang dilakukan Rina ketika berucap dalam persidangan Suruhanjaya Pembangunan Sosial (CSocD59), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Sesi ke-59, pelakon dan penyanyi Adibah Noor mengambil inisiatif memperbetulkannya.

“Apa-apa pun, mari kita belajar menyebut perkataan ini, ‘doubt’ (keraguan). Saya dah pernah buat video tentang ini tapi mungkin anda dah lupa.

“Jadi cara nak sebutnya (doubt) hilangkan bunyi ‘b’ bukan, dup, daob, dib tapi d-out,” ciapnya beserta tanda pagar #Pronunciation, #BetulkanYangBiasa dan #BiasakanYangBetul.-SM

(Visited 541 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button