Nasionalpilihan

Tiba-tiba ramai jadi anggota RELA, siasatan dalaman dilakukan

JABATAN Sukarelawan Malaysia (RELA) akan melakukan siasatan dalaman bagi mengenal pasti berhubung isu tular orang ramai yang secara tiba-tiba menjadi anggota RELA.

RELA dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan mengenal pasti tatacara pendaftaran keanggotaan yang dilaksanakan sebelum Akta 752 berkuat kuasa.

“Dakwaan menggunakan data peribadi seseorang lain untuk didaftarkan sebagai anggota Rela secara automatik tanpa kebenaran adalah tidak benar.

“Perbuatan ini bercanggah dengan Seksyen 6(1) Akta Perlindungan Data Peribadi 2010,” katanya.

Menurutnya, RELA tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak atau individu yang secara sengaja memproses atau menggunakan data peribadi seseorang bagi tujuan tertentu tanpa mendapat kebenaran individu terbabit.

Jelasnya, RELA juga dalam usaha melaksanakan program pemutihan keanggotaan di mana anggota yang tidak aktif dan sudah mencapai tempoh lima tahun akan ditamatkan keanggotaan,” katanya.

“Bagaimanapun keanggotaan berdasarkan Seksyen 9 akta itu digantung sementara kerana RELA sedang menumpukan usaha untuk melawan wabak COVID-19.

“Bagi anggota yang masih berminat untuk menyambung keanggotaan boleh berbuat demikian dengan memaklumkan secara bertulis kepada Ketua Pengarah RELA,” katanya.

Tambahnya, individu yang mendapati dirinya didaftarkan sebagai anggota RELA dan ingin menamatkan keanggotaan, boleh menghubungi talian 03-88703770 dan e-mel di [email protected] untuk membatalkan keanggotaan. -SM

(Visited 1,002 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button