Nasionalpilihan

Lebih 12 juta dos vaksin diterima bulan ini

LEBIH 12 juta dos vaksin akan diterima negara pada bulan ini sekaligus mempercepatkan lagi proses Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin berkata, angka tersebut jauh lebih tinggi berbanding sebelum ini iaitu sekitar lapan juta dos sahaja.

“Tempoh tiga bulan akan datang akan adalah masa yang kritikal dan mencabar dalam menjayakan PICK.

“Dengan penerimaan sejumlah besar vaksin Covid-19, kapasiti pemberian vaksin juga akan dipertingkatkan di seluruh negara bermula bulan ini,” katanya.

Khairy berkata demikian dalam rakaman video berdurasi lebih 7 minit berkenaan dengan perkembangan semasa program vaksinasi dalam negara.

Sebelum ini, negara telah menerima dua juta dos vaksin dengan masing-masing sejuta daripada Amerika Syarikat dan Jepun.

Khairy turut memberitahu yang pusat pemberian vaksin (PPV) akan dibuka lebih banyak untuk mempercepatkan proses vaksinasi.

“Ketika ini, sebanyak 1,400 telah beroperasi. Selain PPV Mega, banyak PPV telah dibuka dalam pelbagai bentuk seperti di perkampungan Orang Asli, rumah ibadat, sekolah, universiti, dewan komuniti, tempat kerja, kawasan perladangan selain melaksanakan vaksinasi rumah ke rumah.

“1,500 klinik swasta dan 120 hospital swasta juga akan terbabit sebagai PPV,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy turut mensasarkan sebanyak 300,000 dos sehari akan diberikan bermula bulan ini.

Jelasnya pada penghujung Mei lalu, jumlah individu yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin adalah 5.9 peratus populasi negara, dan kini jumlah itu meningkat kepada 18 peratus.

“Ini bermakna, jumlah penerima dos pertama meningkat 200 peratus pada Jun,” katanya. -SM

(Visited 203 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button