Nasional

Sorok petrol, dua warga Myanmar dipenjara

Dua orang lelaki warga Myanmar, mengaku bersalah terhadap satu pertuduhan menyimpan barang kawalan dan dijatuhi hukuman penjara 16 bulan setiap seorang di Mahkamah Jenayah Sesyen 5 Klang hari ini.

Hakim Datin Kunasundary A/P Marimuthu menjatuhkan hukuman ke atas Mg Sein Kyaw
34 tahun dan Saw Wah 29 tahun selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.

BACA> Amah ‘kantoi’ curi dan jual barang kemas majikan

Bagi pertuduhan tersebut, mereka didakwa telah menyimpan barang kawalan yang juga merupakan barang kawalan berjadual iaitu Gas Petroleum Cecair sebanyak 2,978.75 kg.

Kesemua barangan itu disimpan di premis yang tidak dibenarkan oleh Pengawal Bekalan di sebuah premis beralamat Lot 6788, Kampung Baru 1, Batu 7, Jalan Kebun, di sini pada 11.40 pagi, 16 Januari lepas.

Kedua-duanya didakwa bagi kesalahan di bawah Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22 Akta yang sama.

Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
( KPDNHEP), Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, serbuan dilakukan pada 16 Januari lalu kira-kira pukul 11.40 pagi.

BACA> Kes postif Covid-19 cecah 22.5 juta seluruh dunia

“Kedua-dua suspek telah ditahan kerana menyimpan barang kawalan berjadual iaitu gas petroleum cecair,” katanya. -SM

(Visited 225 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button