Nasional

Hospital abaikan ibu dijangkiti Covid-19 beranak sendirian diberi amaran

PIHAK yang membiarkan seorang ibu yang dijangkiti Covid-19 melahirkan bayi bersendirian di Hospital Sultan Ismail (HSI) diberikan amaran.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, pihak terbabit juga diberikan peringatan supaya menjalankan tugas dengan menjamin keselamatan dan keselesaan pesakit.

Menurut Tunku Ismail kejadian seorang wanita bersalin secara bersendirian di Hospital Sultan Ismail tidak patut berlaku lagi.

“Saya telah menerima laporan dari Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) dan melihat kenyataan jabatan itu.

“Pihak-pihak tertentu akan diberikan peringatan dan amaran supaya memastikan keselamatan dan keselesaan para pesakit sentiasa dijamin. Perkara-perkara yang tidak diinginkan seperti ini tidak patut berlaku lagi,” titah baginda menerusi Twitter.

Sebelum ini seorang wanita membuat naik status berkenaan di akaun Facebooknya pada 31 Julai bahawa beliau terpaksa melahirkan anak seorang diri dalam wad isolasi bagi ibu mengandung kerana dijangkiti Covid-19.

Dalam statutnya, ibu terbabit berkata, jeritannya meminta bantuan ketika mahu melahirkan anak tidak dilayan.

Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Aman Rabu, dilaporkan yang mengakui kejadian berkenaan berlaku berkata, secara keseluruhannya aduan itu adalah berasas dan JKNK akan mengambil tindakan penambahbaikan yang diperlukan.-SM

Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Aman Rabu, dilaporkan yang mengakui kejadian berkenaan berlaku berkata, secara keseluruhannya aduan itu adalah berasas dan JKNK akan mengambil tindakan penambahbaikan yang diperlukan.-SM

(Visited 167 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button