Bola SepakSukan

Sentuhan magis Ziyech bantu kemenangan Morocco

PEMAIN tengah Chelsea bernilai 37 juta pound, Hakim Ziyech mendapat perhatian peminat bola sepak dunia apabila menjaringkan dua gol membantu pasukan negaranya Morocco menang 4-1 ke atas pasukan Afrika Tengah.

Bekas perancang Ajax Amsterdam itu menjaring dua gol cantik lagi mengkagumkan.

Ces Fabregas menyifatkan pemain berkenaan sangat berbakat dan merupakan senjata utama Chelsea kini dan merupakan pemain terbaik Eropah pada masa ini.

Ziyech dalam bahasa Arab bermaksud berbakat turut mempamerkan aksi cemerlang sejak menyertai Chelsea.

Jika ketika awal musim pasukan bimbingan Lampard itu kelihatan buntu serta tidak mempunyai idea, tetapi dengan kehadiran Ziyech situasi berubah sepenuhnya.

Ziyech pula disokong oleh penyerang sensasi seperti Temo Werner yang bijak membuka ruang dan mempunyai penyudah yang tajam.Sentuhan magis Ziyech bantu kemenangan Morocco

Ramai yang meramalkan Chelsea adalah pasukan yang perlu diberi perhatian sebagai pencabar gelaran di Eropah dan Liga Inggeris musim ini.

Peminat bola sepak pula memberi gelaran Ziyech sebagai ahli silap mata.

 

(Visited 328 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button