Nasional

Wiranita setuju empat perkara perkasa wanita negara

PERGERAKAN Wiranita Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) bersetuju dengan cadangan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) bagi memperkasakan wanita di negara ini.

Ia meliputi empat perkara yang disarankan oleh sayap parti itu dalam memelihara maruah dan memperkasa peranan wanita dalam pelbagai sektor.

Antaranya adalah memperkasakan sistem perundangan dengan memeperkenalkan undang-undang baharu dalam melindungi kaum hawa di negara ini.

“Mereka kaum Wanita yang nampak tenang dan berani ini sebenarnya ‘lemah’ dan mudah dikalahkan.

“Terutamanya lelaki yang cuba mengambil kesempatan di atas kepercayaah yan diberi oleh kaum wanita.

“Oleh itu empat perkara dicadang bagi membantu wanita pertama, meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Gangguan Seksual dan kedua pula menjenayahkan amalan menghendap dalam kanun keseksaan.

“Selain itu, perkara ketiga perlu diberi perhatian adalah meminda Akta Kerja, dengan memasukkan tujuh hari cuti paterniti dan perlindungan diskriminasi ke atas pencari kerja.

“Perkara keempat pula, membentangkan Belanjawan 2021 yang inklusif dengan sumber mencukupi bagi wanita,”

Kata Naib Ketua Pergerakan Wiranita Putra, Ros Hanita Mohd. Basir yang menyokong saranan WAO bagi menggesa kerajaan memasukkan elemen tersebut sebagai sebahagian daripada dasar negara.

Beliau menyambut baik usaha tersebut sempena Sambutan Hari Wanita Kebangsaan yang disambut semalam.

Katanya, wanita perlu diberi sokongan sewajarnya kerana peranan kaum itu diangap sebagai ‘tulang belakang’ dalam pelbagai sektor.

“Wanita adalah ‘tulang belakang’ dari semua aspek dan sektor sama ada daripada pentadbiran kerajaan, politik, pendidikan, perubatan, perkilangan dan juga swasta.

“Malah yang paling utama adalah sikap keibuan dan kekeluargaan yang menjadi tanggungjawab utama seorang wanita.

“Pengorbanan seorang wanita menjaga keharmonian keluarga tidak boleh dinafikan, amat tabah, cekal dan sabar,” ujarnya.

Semalam negara kita menyambut Sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2020.

Turut mengambil kesempatan mengingatkan rakyat tentang peranan wanita adalah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Baginda bertitah, ketika negara sedang berhadapan pandemik Koronavirus (Covid-19), wanita tidak terkecuali dalam memberikan sumbangan tenaga dan kepakaran terutama dalam perubatan. – SM

(Visited 356 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button