NasionalPolitik

Semua kena cekal dan ikhlas dalam meneruskan perjuangan

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berpesan kepada semua pihak  supaya cekal dan ikhlas dalam meneruskan perjuangan melalui wadah Perikatan Nasional walau apa rintangan dan cabaran pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurut Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Muhyiddin berkata, Perikatan Nasional percaya bahawa para penyokong serta jentera parti akan terus istiqamah berpegang teguh kepada asas perjuangan parti demi masa hadapan Malaysia yang lebih baik.

PUTRAJAYA, 3 Sept — Menteri Dalam Negeri (KDN) Tan Sri Muhyiddin Yassin bercakap pada sidang media Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri hari ini.
–fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

“Pimpinan Tertinggi Perikatan Nasional mendoakan kesejahteraan semua pihak yang telah memberikan sokongan dan dokongan kepada Perikatan Nasional.

“Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati perjuangan kita semua,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Muhyiddin kata Hamzah, bersama barisan pimpinan tertinggi parti merakamkan ucapan setinggi penghargaan kepada semua rakyat Malaysia yang telah mengundi dan memberikan sokongan kepada Perikatan Nasional PRU15.

“Ucapan terima kasih tidak terhingga juga diucapkan khususnya kepada para petugas serta jentera Parti Perikatan Nasional di seluruh negara yang telah bertungkus-lumus bekerja keras bagi menentukan kemenangan di semua kerusi Parlimen dan DUN yang ditandingi parti.

“Sokongan luar biasa rakyat kepada Perikatan Nasional pada PRU15 membuktikan bahawa aspirasi perjuangan, jenama dan hala tuju Perikatan Nasional diterima baik oleh rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, terutamanya golongan muda,” katanya. – SM

(Visited 228 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button