Nasionalpilihan

Harga petrol RON97 naik 11 sen kepada RM4.83 seliter

HARGA runcit petrol RON97 meningkat 11 sen pada RM4.83 seliter mulai hari ini, manakala harga petrol RON95 dan diesel kekal tidak berubah, untuk minggu 16 hingga 22 Jun 2022.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan pada semalam (15 Jun) menyatakan harga petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran kedua-dua produk itu meningkat melebihi harga siling semasa.

Kementerian berkata harga baharu itu adalah berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum mengikut formula Mekanisme Harga Automatik.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – SM

Artikel berkaitan:

Harga petrol RON97 naik 2 sen kepada RM4.72 seliter

Petrol RON97 naik 37 sen kepada RM4.31 seliter

(Visited 450 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button