Nasional

Hargai kehadiran PM Anwar pengurusikan Mesyuarat Mengenai Hala Tuju Sektor Pelancongan Negara – King Sing

MENTERI Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing merkamkan setinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana telah mempengerusikan Mesyuarat Mengenai Hala Tuju Sektor Pelancongan Negara yang diselaraskan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) baru-baru ini dengan jayanya walaupun padat dengan jadual kerja.

Dalam Mesyuarat Mengenai Hala Tuju Sektor Pelancongan Negara tersebut King Sing telah membentangkan hala tuju sektor pelancongan negara kepada ahli-ahli mesyuarat terdiri daripada pelbagai kementerian yang juga pemegang taruh dalam sektor pelancongan.

Seperti yang telah diumumkan pada pengumuman Belanjawan 2024 yang lalu, Kerajaan melalui MOTAC akan menganjurkan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026), di mana fokus akan diberikan kepada pelancongan lestari dan peningkatan pendapatan pelancongan, iaitu menarik lebih ramai pelancong yang berbelanja tinggi atau ‘high-yield tourists’ ke negara ini.

Kerajaan juga komited melaksanakan Pelan Liberalisasi Visa dan isu mengenai keselamatan pelancong juga turut dititikberatkan. Semua kementerian turut digerakkan dalam memainkan peranan dalam menjayakan VM2026 yang akan datang.

Hasil keputusan mesyuarat ini akan dipantau melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pelancongan dan Kebudayaan (JKPK) yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Haji Fadillah bin Haji Yusof.

Perdana Menteri berharapkan sektor pelancongan negara akan terus cemerlang pada masa akan datang.

Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah ahli Jemaah Menteri yang berkaitan Timbalan Menteri MOTAC Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan dan pihak Pengurusan Tertinggi MOTAC. – SM 

Artikel berkaitan > Anwar individu pertama miliki ID digital di Malaysia

 

(Visited 46 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button