Nasional

“Misi RAHMAH Ekonomi Sempadan Malaysia–Brunei” tak jejas kelangsungan LPG negara

PETRONAS menerusi pengeluaran LPG di Loji Teluk Sepanggar, Sabah bersetuju membekalkan 150 Tan Metrik (MT) LPG tidak bersubsidi kepada Brunei.

Pembekalan LPG disempurnakan oleh syarikat Brunei Shell Marketing Company (BMSC) Sendirian Berhad dari Terminal Minyak dan LPG Teluk Sepanggar, Sabah ke Brunei yang bermula sejak 16 Jun lalu sehingga 1 Julai ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KDPN), Datuk Seri Salahuddin Ayub mengetuai “Misi RAHMAH Ekonomi Sempadan Malaysia – Brunei” – Projek Pembekalan LPG Tidak Bersubsidi ke Negara Brunei Darussalam yang diadakan di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah. berkata sesuatu.- GAMBAR KPDN

Demikian kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KDPN), Datuk Seri Salahuddin Ayub dalam satu kenyataan hari ini selepas mengetuai “Misi RAHMAH Ekonomi Sempadan Malaysia – Brunei” – Projek Pembekalan LPG Tidak Bersubsidi ke Negara Brunei Darussalam yang diadakan di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KDPN), Datuk Seri Salahuddin Ayub mengetuai “Misi RAHMAH Ekonomi Sempadan Malaysia – Brunei” – Projek Pembekalan LPG Tidak Bersubsidi ke Negara Brunei Darussalam yang diadakan di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah..- GAMBAR KPDN

Beliau berkata, pada masa yang sama, pihak KPDN memberi jaminan bahawa pembekalan LPG tidak bersubsidi ke Brunei tidak akan menjejaskan kelangsungan bekalan LPG dalam negara.

“Kerjasama ekonomi serantau terutama dengan negara jiran adalah potensi baharu yang wajar diterokai dan dipertingkatkan oleh pemain industri perdagangan di negara ini.

“Adalah diharapkan “Misi RAHMAH Ekonomi Sempadan Malaysia-Brunei” ini dapat memberi pelbagai nilai tambah kepada kedua-dua negara dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi pada masa kini,” katanya.

GAMBAR KPDN

Untuk makluman, Program “Misi RAHMAH Ekonomi Sempadan Malaysia-Brunei” merupakan satu bentuk kerjasama ekonomi antara Malaysia dengan negara jiran yang bersempadan dengan negara ini dengan menumpukan kepada pembekalan barangan keperluan.

Objektif program ini adalah bagi meningkatkan keterjaminan bekalan serta peningkatan kerjasama perdagangan antara negara ini dan negara jiran.

Kata Salehuddin lagi, program “Misi RAHMAH Ekonomi Sempadan Malaysia-Brunei” dimulakan dengan pembekalan LPG tidak bersubsidi dari Malaysia ke Brunei.

Dan akan diperluaskan dengan barangan keperluan lain yang akan diperincikan di antara kedua-dua negara pada masa akan datang, katanya. – SM

 

 

(Visited 192 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button