Hiburan

Hairul Azreen bercuti naik helikopter dengan anak, isteri

SEMENJAK pengumuman rentas negeri dibenarkan, dilihat ramai artis pergi bercuti namun yang lebih menarik perhatian adalah percutian Hairul Azreen bersama Isteri Hanis Zalikha dan anak-anak.

Melalui video yang dimuat naik di akaun Instagram Hairul, dapat dilihat mereka pergi bercuti di sebuah pulau dengan menaiki helikopter mewah tanpa perlu bersesak-sesak di lapangan terbang.

Pada entri tersebut, Hairul juga menyatakan bahawa percutian tersebut merupakan percutian yang pertama buat anak perempuannya, Alisa Aisyah, 2.

Pada masa yang sama, isterinya turut berkongsi gambar bersama keluarga dalam helikopter.

Sebelum ini, Hairul dan Hanis pernah bercuti di Maldives sehingga mendapat perhatian netizen kerana ada yang mendakwa Villa yang diduduki mencecah RM13,000 semalaman.- SM

(Visited 546 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button