Nasional

Darurat bukan untuk pastikan PM berkuasa selamanya

ORDINAN Darurat yang diisytiharkan di negara ini bertujuan untuk membolehkan Perdana Menteri kekal berkuasa selama-lamanya.

Tan Sri Muhyiddin berkata, proklamasi darurat itu semata-mata untuk menangani pandemik Covid-19.

Katanya Perdana Menteri, sejak darurat berkuat kuasa pada 11 Januari lalu, Yang di-Pertuan Agong sudah memasyhurkan tiga ordinan iaitu Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021 dan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

Semua ordinan itu katanya, bagi membolehkan kerajaan menangani wabak COVID-19 dengan lebih cekap dan berkesan.

Katanya, ini termasuk menambah baik pengurusan penginapan pekerja asing yang menjadi antara punca utama penularan Covid-19 di negara ini.

“Dengan adanya Proklamasi Darurat, semua ordinan ini dapat dimasyhurkan dalam tempoh yang singkat tanpa perlu melalui proses di Parlimen yang kebiasaannya mengambil masa yang lama.

“Saya sedar dan saya faham maksud demokrasi. Justeru, tidak ada satu pun daripada ordinan ini yang bertujuan untuk membolehkan Perdana Menteri kekal berkuasa selama-lamanya, malah darurat yang sedang dilaksanakan ini juga mempunyai tempoh tamat pada 1 Ogos 2021.

“Inilah kali pertama dalam sejarah negara kita, darurat mempunyai tempoh tamat,” katanya ketika menyampaikan Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin di Putrajaya, hari ini. Majlis turut dihadiri Menteri Kabinet dan pengurusan tertinggi kerajaan,” katanya.

(Visited 259 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button