Politik

Muhyiddin puji keputusan Ali Biju

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan keputusan Datuk Ali Biju untuk tidak bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak, sebagai satu pengorbanan besar.

Menurut Muhyiddin ia adalah penting demi menjaga persefahaman GPS dengan Perikatan Nasional.

Berikut kenyataan penuh:

KENYATAAN MEDIA
PRESIDEN
PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA
Saya amat mengalu-alukan keputusan YB Datuk Ali Biju untuk menarik diri daripada bertanding sebagai calon bebas di DUN N.39 Krian. Keputusan beliau untuk tidak mempertahankan kerusi yang dimenanginya dalam Pilihanraya Negeri Sarawak yang lalu demi menghormati hubungan setiakawan yang telah terjalin antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah satu langkah yang amat terpuji.
Bagi saya, pengorbanan yang dilakukan oleh YB Datuk Ali Biju adalah amat besar ertinya kepada persefahaman yang telah dicapai antara saya dan YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg dalam memperkukuhkan jalinan hubungan kerjasama antara BERSATU dan GPS di Sarawak. Ini termasuk persefahaman bahawa Perikatan Nasional yang diwakili oleh BERSATU akan mengambil bahagian dalam Pilihanraya Umum ke-15 di Sarawak.
Saya juga amat menyambut baik sokongan YB Datuk Ali Biju kepada calon-calon GPS yang bertanding di N.39 Krian, N.38 Kalaka dan N.40 Kabong yang kesemuanya berada di dalam kawasan Parlimen Saratok.
TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
Presiden
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
9 Disember 2021

(Visited 406 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button