Jenayah

Che’ Puan Khaleeda rakam ucapan penghargaan kes Bella dan Siti Bainun

ISTERI Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tengku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che’Puan Khaleeda Bustamam merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu menyelesaikan kes penderaan terhadap kanak-kanak OKUBella.

Beliau berkongsi mengenai perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada semalam.

Kenyataan dari Che Puan Khaleeda
Kenyataan dari Che Puan Khaleeda

“Saya dimaklumkan bahawa mahkamah Seksyen Kuala Lumpur pada hari ini, 3 Mei 2023 telah mendapati bahawa tertuduh Siti Bainun Binti Ahd Razali bersalah atas tuduhan mengabaikan dan mendera Bella yang berusia 13 tahun sehingga menyebabkan remaja berkenaan mengalami kecederaan fizikal dan emosi yang serius.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada aktivis-aktivis #JusticeForBella, peguam lantikan DYAM Tunku Mahkota Johor, Pasukan Pendakwaan dan individu lain yang begitu prihatin akan tragedi yang berlaku terhadap Bella.

Sementara itu, Che Puan Khaleeda turut menyuarakan keprihatinan terhadap isu penderaan kanak-kanak dan berharap kes sedemikian tidak akan berulang lagi.

“ Saya dan DYAM Tunku Mahkota Johor amat prihatin terhadap isu penderaan kanak-kanak dan berpandangan kes ini perlu diambil sebagai pengajaran oleh semua pihak serta berharap kes seumpama ini tidak berulang atau berlaku lagi.” Katanya.

Terdahulu, pada November 2022, DYAM Tunku Mahkota Johor telah mengambil inisiatif segera dengan menitahkan empat orang peguam untuk turut sama menyertai perbicaraan terhadap kes Bella serta memberikan segala bantuan yang sewajarnya bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan.

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali dijatuhi hukuman 12 tahun penjara oleh Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur selepas didapati bersalah mengabaikan dan menganiaya remaja Sindrom Down dikenali Bella. – SM

ARTIKEL BERKAITAN ;>

Siti Bainun dipenjara 12 tahun

Mahkamah arah Siti Bainun beri keterangan tanpa peguambela

(Visited 347 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button