pilihanPolitik

“Saya hampir pasti tidak akan dapat kerusi yang dianggap kerusi selamat,” – KJ

SEREMBAN: Penyandang kerusi Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin memberi gambaran beliau akan mempertaruhkan nasib pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di kerusi yang dimenangi oleh parti lawan pada PRU14 lalu.

Tanpa mendedahkan kerusi di Parlimen mana, Khairy berkata buat masa ini terdapat tiga pilihan kawasan yang sedang dipertimbangkan dan beliau secara terbuka menerima cabaran berkenaan.

“Hampir sudah pasti saya akan dihantar ke kawasan yang di pegang oleh parti lawan, hampir pasti saya tidak akan dapat kerusi yang dianggap kerusi selamat dan kita tengok daripada pucuk pimpinan mana kerusi itu.

“InsyaAllah saya terima cabaran tersebut demi parti menggalas tanggungjawab untuk pergi mewakili parti saya di kawasan yang kita kalah, pelbagai negeri.

“Perbincangan dengan pucuk pimpinan dah ada, keputusan kerusi mana belum lagi, masih dalam penilaian pucuk pimpinan perbincangan sedang berlangsung, tetapi hampir pasti saya dihantar ke kawasan yang dulu kalah lah. Nak kena cuba menang balik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Penyerahan Perantisiswa Keluarga Malaysia (Zon Selatan) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seremban pada Jumaat.

Sebelum ini khairy mengumumkan memberi laluan kepada Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan untuk bertanding di Parlimen Rembau pada PRU15 nanti.

Ia sekali gus menjadi teka-teki kerusi mana yang akan ditandingi Khairy nanti.

Namun, tiga kerusi Parlimen lain di Negeri Sembilan yang disebut-sebut akan diwakili Menteri Kesihatan itu termasuk Kuala Pilah, Tampin dan Port Dickson.

Kuala Pilah dan Tampin sebelum ini dikatakan antara kerusi kubu kuat BN di negeri itu, namun tewas pada PRU15 lalu.

(Visited 204 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button