NasionalNegeriPendidikan

YTSP Perlis anjur Mini Titian Kasih di 6 sekolah menengah di Sandakan

YAYASAN Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis menjayakan Program Mini Titian Kasih di enam buah Sekolah Menengah Asrama di sekitar Sandakan Sabah sempena keberangkatan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ke bandar tersebut baru-baru ini.

Ia dijayakan dengan mendapat kerjasama padu dan sungguh istimewa daripada Pejabat Pelajaran Daerah Sandakan dan juga para Pengetua serta kepimpinan sekolah-sekolah terbabit.

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga Pengerusi YTSP selepas menyempurnakan simbolik program berkenaan bertitah bahawa delegasi dari Perlis yang mengiringi baginda dipecahkan kepada enam buah sekolah terdiri daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sandakan, SMK Elopura, Kolej Vokasional Sandakan, SMK Agama Tun Juhar, SMK Batu Sapi dan juga SMK Segaliud.

Ia sebenarnya bertujuan untuk mendekatkan lagi hubungan silatulrahim antara delegasi dari Perlis dengan para pelajar di Sabah khususnya Sandakan pada kali ini termasuklah dengan berkongsi maklumat, nasihat serta harapan.

Dalam titah, Raja Muda ingin melihat para pelajar bukan sahaja dapat menguasai ilmu daripada guru-guru di sekolah malah perlu tahu betapa pentingnya untuk terus fokus terhadap pelajaran yang disampaikan di sekolah.

Ketua Penyelaras Program tersebut, Mejar Muhamad Azuan Mohamad Nasir menerangkan bahawa ilmu dan maklumat yang dikongsikan oleh Delegasi Eksesais PERBAH dari Perlis dalam Program Mini Titian Kasih YTSP ini menekankan tentang kepentingan mentaliti kelas pertama.

Katanya, ia sebenarnya melibatkan dalam segala tindakan yang diambil di mana penting bagi melahirkan masyarakat berpengetahuan, berdaya saing, berbudaya kerja cemerlang, berintegriti dan memiliki kekuatan moral seperti yang sentiasa ditekankan oleh Raja Muda Perlis dalam inisiatif-inisiatif yang dipelopori baginda melalui YTSP Perlis.

Tambah Azuan, Raja Muda turut berkenan menyerahkan Anugerah Kecemerlangan YTSP Perlis kepada para pelajar cemerlang dalam peperiksaan SPM atau yang setaraf dengannya.

Katanya, ia sebanyak RM300 untuk tempoh empat tahun mulai 2022 hingga 2025 serta sumbangan tunai dari Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sebanyak RM2,000 untuk tujuan program dakwah dan keagamaan di setiap daripada enam buah sekolah yang terlibat pada kali ini.

Sumbangan tersebut disampaikan melalui wakil-wakil baginda yang hadir kepada para Pengetua sekolah-sekolah terbabit. – SM

(Visited 163 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button