Nasionalpilihan

Tiada sebab Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi perlu dibubarkan

Dakwaan pihak pembangkang bahawa Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi gagal melaksanakan tugas untuk
mengawal kenaikan harga barangan dan perlu dibubarkan sebagai tidak berasas kata Pengerusinya, Tan
Sri Annuar Musa.

Sebaliknya beliau menegaskan, pasukan tersebut tidak akan dibubarkan sebaliknya akan terus bekerja untuk menjaga kepentingan rakyat dalam memastikan kenaikan harga barangan keperluan asas dapat dikawal.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) berkata, kerajaan berkeupayaan untuk mengawal harga barangan dan tidak akan membiarkan rakyat tertekan disebabkan kenaikan harga barangan dilakukan sesuka hati.

“Kita sebagai kerajaan perlu menjaga kepentingan rakyat dan kalau kita biarkan begitu sahaja bila ada tekanan kita nak bubar sana dan nak bubar sini.

“Orang suruh bubar itu senang tapi rekod dia sendiri pun tidak dapat mengawal harga barangan.

“Ini negara demokrasi siapa-siapa nak cadang untuk bubar its ok tapi yang bekerja ini ada kerja nak dibuat. Hendak bubar dan nak tubuh mudah tapi untuk bekerja itu payah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar ketika ditemui selepas meninjau persiapan sambutan Hari Malaysia di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Banda Hilir, malam tadi.

Beliau diminta mengulas desakan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang disifatkannya sebagai “tidak berkesan, tidak cekap dan tidak relevan” selepas kadar dasar semalaman (OPR) dinaikkan lagi.

Mengulas lanjut Annuar berkata, sehebat-hebat Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) namun mereka turut gagal mengawal kenaikan harga barangan di negara masing-masing.

“Sekurang-kurangnya melalui pasukan khas ini, kita tahu harga ayam dapat kawal, harga minyak masak, beras, gula dan sebagainya. Kita jumpa semua pihak hampir setiap minggu untuk memastikan tiada kenaikan harga berlaku,” ujarnya.

Selain itu menurutnya, beliau turut menyangkal dakwaan bahawa pasukan itu gagal mengawal kadar OPR yang diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini.

Menurutnya, hal berkaitan polisi monetari negara bukan di bawah bidang kuasa pasukan khas ini atau kabinet sebaliknya ia ditentukan oleh Jawatankuasa Dasar Monetari. – SM

(Visited 129 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button