Hiburan

Sarat mengandung tak halang Fazura keluarkan single baharu

WAALAUPUN sedang menanti masa untuk melahirkan anak sulung yang dijangka hadir kira-kira bulan depan, Nur Fazura nampaknya masih lagi gigih hendak bekerja.

Terbaharu, isteri kepada pelakon, Fattah Amin ini melancarkan single terbaharu berjudul Noktah.

Mengulas mengenai lagu terbaharunya yang ditulis dan digubah oleh Ezra Kong, Fazura berkata naskhah itu menceritakan pasangan yang tidak berdaya lagi untuk menyelamatkan hubungan mereka.

“Saya pasti setiap wanita pernah merasa tiada harapan apabila berada dalam sesebuah hubungan yang toksik

“Tak mudah untuk meninggalkan seseorang yang kita sayang tapi kita harus lakukan demi kebaikan sendiri.

“Apa yang penting adalah kita perlu menghormati dan menyayangi diri kita terlebih dahulu dan belajar untuk meninggalkan sesuatu yang gagal untuk dipertahankan,” katanya.

Video muzik ‘Noktah’ diarahkan dan dihasilkan oleh Nadirah Zakariya dan Junad M. Nor dari Layar Lucida, yang juga bertanggungjawab untuk video muzik single Fazura, ‘Be Honest’.

Menurut Nadirah, walaupun lagu ini merupakan lagu balada yang mempunyai rasa kesedihan, dia mahu video muzik ‘Noktah’ menonjolkan kekuatan dan ikatan antara persahabatan wanita, dan pentingnya memperkasakan dan mengangkat satu sama lain.

Gaun yang dipakai Fazura dalam ‘Noktah’ dibuat khas oleh Rizman Ruzaini, untuk meraih momen penting dalam hidupnya sebagai ibu hamil, dan itu juga memainkan peranan besar dalam konseptualisasi video tersebut. -SM

(Visited 200 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button