Nasional

Doktor Laptop berjaya walaupun tiada sijil kemahiran

Ramai berpendapat kejayaan dalam peperiksaan besar seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjadi kayu ukur untuk seseorang itu berjaya dalam hidup.

Namun bagi seorang lelaki, Muhammad Firdaus Sahiruddin, 32, tanpa sebarang sijil dimiliki apa lagi gagal dalam SPM tidak melemahkan semangatnya berdikari mendapatkan apa yang diimpikan.

Benar bak kata pepatah ‘Di mana ada kemahuan di situ ada jalan’. Itu yang berjaya dibuktikan tiada apa yang mustahil dalam kehidupan asalkan seseorang itu rajin berusaha.

Bagi lelaki itu tiada apa yang mustahil asalkan ada kesungguhan dan jangan sesekali malu dengan kekurangan diri.

Siapa pun tidak menyangka Muhammad Firdaus kini digelar ‘Doktor Laptop’ pakar dalam membaiki peralatan itu walaupun tidak memiliki sebarang sijil daripada mana-mana institusi pengajian tinggi
(IPT) awam atau swasta dalam bidang berkaitan.

Lebih membanggakan dia juga memiliki sebuah premis Daus & Iqah membaiki semua jenis komputer riba di Plaza Hang Tuah (Ocean) di Jalan Hang Tuah dekat sini adalah hasil titik peluhnya.

“Saya memang berminat membaiki barangan elektronik sejak di bangku sekolah. Masa itu saya tidak minat belajar. Apabila dapat keputusan SPM, saya gagal dalam semua subjek termasuk Bahasa Malaysia
hingga menyebabkan ibu menangis kecewa.

“Saya tidak sambung belajar dan ambil keputusan bekerja di sebuah kilang elektronik di Batu Berendam dan kemudiannya bekerja di sebuah kedai membaiki komputer di Ocean selama enam tahun dari
2013 hingga 2017,” ujarnya ketika ditemui semalam.

Muhammad Firdaus sudah berkahwin bakal menimang cahaya mata pertama Oktober ini berkata, sepanjang tempoh bekerja di kedai tersebut dia telah diajar membaiki peralatan komputer dan laptop.

Katanya, kerana minatnya yang mendalam dalam bidang elektronik memudahkan dia cepat mempelajari pelbagai kerosakan termasuk mengenal semua jenis skrew daripada sebesar-besar hingga sekecil-
kecilnya.

“Hasil tunjuk ajar daripada pemilik kedai saya bekerja saya dapat mempelajari semua jenis kerosakan jika ada komputer riba yang bermasalah.

“Akhirnya pemilik kedai itu menjual premisnya kepada saya dengan segala kelengkapan kerana dia sudah tidak berminat untuk meneruskan perniagaan,” katanya yang turut menjual komputer riba baharu
dan terpakai.

Sejak menguruskan kedai membaiki komputer riba yang satu-satunya terdapat di Ocean, dia telah menerima ramai pelanggan terutama daripada sekolah-sekolah, polis, klinik, guru-guru dan sebagainya.

Katanya, ramai orang datang ke kedainya kerana dia mengenakan caj yang munasabah sesuai dengan kerosakan yang dialami komputer riba itu.

“Kalau premis lain mungkin mereka kenakan caj yang melampau insyallah datang ke kedai saya harga berpatutan akan saya berikan,” ujarnya. -SM

(Visited 501 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button