Politik

Sudah sampai masanya politik tidak dimonopoli orang tua yang sama

BEKAS Ketua Armada Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan sudah sampai masanya politik tidak akan dikuasai oleh orang yang sama – dikawal dan dimonopoli oleh orang tua yang sama.

Ahli Parlimen Muar yang berusia 27 tahun itu memberi isyarat bahawa dia akan  akan menubuhkan parti berasaskan golongan anak muda dalam wawancara dengan Channel News Asia.

“Sekiranya di Thailand mereka dapat menubuhkan parti Future Forward dan di Perancis, mereka dapat menubuhkan En Marche di bawah (Emmanuel) Macron, saya rasa sudah waktunya di Malaysia, untuk memulai gerakan orang muda – teknokrat muda, profesional – ahli politik muda dari pelbagai latar belakang hingga bersatu untuk memastikan suara pemuda akan menguasai di dalam dan di luar parlimen.

“Pada akhirnya, anak muda tidak boleh dipandang ringan lagi. Sudah sampai masanya pada hari ini bahawa politik tidak akan dikuasai oleh orang yang sama – dikawal dan dimonopoli oleh orang tua yang sama,” katanya.

Syed Saddiq menjadi satu-satunya daripada tujuh bekas pemimpin Bersatu yang dipecat pada parti itu tidak menyertai parti baharu, Pejuang yang ditubuhkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bersatu telah memecat Dr. Mahathir dan penyokongnya dari parti yang diasaskannya kerana menentang presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin.

Bersatu pimpinan Muhyiddin kemudian bergabung dengan sekumpulan pemimpin PKR yang berpaling tadah serta MP dari BN, PAS, GPS, PBS dan Star untuk membentuk kerajaan PN yang baru pada bulan Mac.-SM

(Visited 295 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button