Nasionalpilihan

Warga emas lumpuh diusung untuk ke bank semata-mata untuk tukar kad baharu!

Keadaan fizikal seorang wanita warga emas yang lumpuh seluruh badan dan mahu menukar kad baharu bukanlah di bawah tanggungjawab atau masalah pegawai Public Bank di Gurun, Kedah.

Tambahan pula, mana pernah ada polisi bank dalam Malaysia yang membenarkan pegawainya untuk turun ke rumah pelanggan bagi menyelesaikan kes bersifat ‘luar biasa’.

Hal ini demikian kerana bagi mana-mana pegawai bank, ruang kerja mereka adalah sekadar dalam bank sahaja dan mereka bukanlah badan kebajikan yang terpaksa memikirkan masalah pelanggan pula.

Sehubungan itu, anak kepada wanita warga emas berkenaan, Nurhatini Mahmud membuat perkongsian tersebut menerusi aplikasi TikTok dengan harapan Public Bank akan ‘terkesan’.

Ujar Nurhatini, dia sebelum ini sudah pun berhubung dengan pegawai bank di cawangan berkenaan namun mereka bertegas bahawa apa-apa keadaan sekali pun, ibunya tetap perlu ke kaunter.

Suka atau tidak, mereka terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tambahan untuk menyewa ambulans dari St. John untuk membawa ibunya ke Public Bank cawangan Gurun, Kedah.

Lebih menarik, punyalah sibuk dan tiada masa pegawai bank di cawangan berkenaan meraikan pelanggan, ibunya terpaksa dibawa masuk dengan pengusung sehingga di depan kaunter.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa terhadap bank tersebut kerana tiada polisi mesra pelanggan selain lebih selesa menunjukkan sikap tidak bertimbang rasa terhadap pelanggan.

(Visited 296 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button