Nasional

Tun Mohd. Ali ketuai 3,000 jemaah tunai solat Aidiladha

Wartawan Suara Merdeka

MELAKA 10 Julai – Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam bersama isteri, Toh Puan Asmah Abd. Rahman hadir menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al-Azim Bukit Palah di sini pagi
tadi.

Mohd. Ali bersama isteri tiba di perkarangan Masjid Al-Azim kira-kira pukul 8.20 pagi.

Beliau diiringi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir, Datuk Rahmad Mariman.

Mohd. Ali Mohd. Rustam turut menyampaikan daging korban kepada penerima di Masjid Al-Azim, Bukit Palah, Melaka.

Hadir sama, Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil dan Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat.

Solat sunat Aidiladha tersebut dihadiri kira-kira 3,000 jemaah yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negeri, Datuk Mohamad Hashim Al-Hafiz.

Sejurus menunaikan solat Tun Mohd Ali sempat meluangkan masa mendengar khutbah bertajuk ‘Berkorban Demi Islam’.

Sejurus selepas itu, Mohd. Ali dan isteri menunaikan solat sunai Aidiladha, beliau turut menghadiri program Korban Berkelompok dianjurkan oleh Masjid Al-Azim.

Beliau menyaksikan sendiri gotong-royong orang ramai membantu melapah daging korban. Sebanyak 10 ekor lembu disembelih pada program tersebut.

Di samping itu beliau turut menyantuni peserta korban, bahkan turut bersama membantu menimbang daging korban yang selesai dilapah.

Malah beliau turut menyampaikan daging korban kepada golongan asnaf, fakir miskin dan orang ramai yang hadir di masjid tersebut.

(Visited 355 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button