Nasional

Tarmizi dari Pas dilantik Pengerusi MADA

Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berkuat kuasa 16 Mei lepas.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata pelantikan Ahmad Tarmizi  mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Pelantikan Pengerusi MADA baharu iaitu Ahmad Tarmizi berkuat kuasa 16 Mei 2020 sehingga 15 Mei 2022 selepas mendapat perkenan Agong,” katanya pada sidang media.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke ibu pejabat MADA di sini, hari ini.

BACA > Raja Muda Perlis berkenan berangkat berbasikal di Daerah Yan — Suara Merdeka

Dalam sidang media sama, Ahmad Tarmizi merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas pelantikannya untuk menerajui MADA.

Beliau turut menyatakan komitmen untuk memastikan MADA terus mempergiatkan usaha meningkatkan tanaman padi di kawasannya selain menjaga kebajikan para petani.

“Saya sudah mendengar taklimat yang penting daripada pengurusan MADA.

“Jadi sudah tentu MADA perlu jadi agensi yang ke hadapan kepada rakyat untuk mengekalkan jelapang padi di Kedah ini.

“Saya juga ingin melihat pegawai MADA turun ke bawah melihat apa masalah sebenar di peringkat petani.

BACA > Kampong Bharu: Jangan beri tawaran meragukan — Suara Merdeka

“Selain itu juga mengenalpasti halangan yang boleh diatasi bersama dengan agensi lain yang terlibat,” katanya. – BERNAMA

(Visited 429 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button