Sukan

Usaha Mamat bercakap bahasa Inggeris dapat pujian netizen

https://youtu.be/6criZu7QWgA

SELAIN Le Tour De Langkawi (LTdL) membawa tuah kepada pelumba kebangsaan, Mohd Harrif Saleh atau Mamat, yang menarik perhatian netizen adalah usaha beliau berbahasa Inggeris ketika diwawancara.

Mamat ketika diwawancara tidak segan silu berbahasa Inggeris bercampur slang pekat Terengganu.

Sikat sedemikian sepatutnya menjadi contoh kerana bahasa Inggeris bukan bahasa ibunda, oleh itu tidak menjadi masalah selagi ia difahami.

Netizen bangga dengan sikap ditunjukkan oleh Mamat yang bukan sahaja yakin berbahasa Inggeris tetapi juga mempamerkan persembahan mantap ketika bersaing dengan pelumba asing.

Edisi ke-25 perlumbaan berbasikal LTdL berlangsung di Alor Setar membawa tuah kepada pelumba kebangsaan, Mohd Harrif Saleh yang meraih kemenangan kedua.

Pelumba pasukan Terengganu Inc. TSG Cycling Team (TSG) itu berada dalam kelas tersendiri selepas menewaskan dua pelumba pecut, iaitu Matteo Pelucchi dari Itali dan Taj Jones dari Australia  dalam aksi penamat beramai-ramai ke garisan penamat pada perlumbaan peringkat ketujuh sejauh 130.4km.

Mohd Harrif, yang memenangi Peringkat 5 dari Kuala Kubu Bahru ke Ipoh, Selalu, menamatkan saingan dengan masa dua jam 53 minit 17 saat.

Tempat kedua disandang oleh Pelucchi dari pasukan Bardiani CSF Faizane manakalaJones dari pasukan Ara Pro Racing Sunshine Coast melengkap pentas podium.

Komisar perlumbaan merakamkan masa yang sama iaitu, 2’43:17s untuk 10 pelumba terbaik yang melintasi garisan penamat secara berkelompok.

Kemenangan hari ini menyaksikan Mohd Harrif, muncul sebagai pelumba terbaik Malaysia dalam sejarah LTdL menerusi tiga kemenangan peringkat.

Pada edisi lepas, anak jati Kuala Terengganu itu melakar kemenangan peringkat kedua dari  Dataran Senawang ke Melaka.

Peringkat kelapan dan terakhir esok melibatkan jarak sejauh 108.5km mengelilingi Pulau Langkawi.

Peringkat tersebut menawarkan tiga zon pecutan di Telaga Harbour dan  tujuh zon pendakian iaitu lima zon di Lebuhraya Langkawi serta masing-masing satu di Ampang Look dan Telaga Harbour.

(Visited 314 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.
Back to top button