NegeriRencah Hidup

Raja Muda, Raja Puan Muda hadir Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Briged Ke-30

Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan bergambar pada sudut “mengacau dodol” sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Briged ke-30 Infantri Tentera Darat Malaysia di Dewan Serbaguna Markas 30 Briged, Kem Bukit Cowder, Mata Ayer.

RAJA Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Mejar (Kehormat) Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Briged ke-30 Infantri Tentera Darat Malaysia di Dewan Serbaguna Markas 30 Briged, Kem Bukit Cowder, Mata Ayer.

Keberangkatan tiba Baginda berdua disambut oleh Panglima Briged Ke-30 Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral, Datuk Mohd Zaini Hashim serta para pegawai kanan beliau.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen menunaikan solat jemaah sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Briged ke-30 Infantri Tentera Darat Malaysia di Dewan Serbaguna Markas 30 Briged, Kem Bukit Cowder, Mata Ayer.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar dan Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abd Halim.

Majlis berbuka puasa ini dianjurkan oleh Briged Ke-30 Infantri Malaysia yang bertujuan untuk menyantuni dan meraikan pasukan anggota tentera yang berkhidmat serta beramah mesra bersama Baginda Tuanku berdua.

Raja Muda dan Raja Puan Muda berkenan menyempurnakan pengurniaan sumbangan kepada 20 asnaf dan anak yatim terpilih yang bermastautin berdekatan kem tersebut.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan bergambar sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Briged ke-30 Infantri Tentera Darat Malaysia di Dewan Serbaguna Markas 30 Briged, Kem Bukit Cowder, Mata Ayer.

Baginda berdua turut berkenan untuk berbuka puasa, menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Solat Sunat Tarawih bersama para tetamu lain yang hadir.

Di akhir majlis, pihak penganjur membuat satu kejutan dengan upacara memotong kek bagi meraikan hari ulangtahun keputeraan Tuanku Lailatul Shahreen Akashah yang jatuh pada 28 Mac 2024.

Tuanku Syed Faizuddin Putra diiiringi Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan menyampaikan sumbangan kepada asnaf.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra bakal meraikan ulangtahun ke 22 sebagai Komander Rejimen 504 Askar Wataniah yang berpangkalan di Kem Bukit Keteri setelah dilantik berkuatkuasa pada 1 April 2002.

Team Suara Merdeka juga merafak sembah ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Teramat Mulia, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis. – SM

BACA Raja Muda berkenan mengadap perpisahan Panglima Briged Ke 30 Infantri

BACA Raja Muda berkenan terima mengadap Panglima Briged Ke 30 Infantri TDM baharu

(Visited 47 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button