Nasional

Operasi LRT Stesen Bukit Jalil dilanjutkan hingga 1 pagi Jumaat ini

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) akan lemanjutkan waktu perkhidmatan di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil akan hingga pukul 1 pagi pada Jumaat ini (8 Dis) bersempena dengan perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC.
Rapid Rail dalam kenyataan hari ini memaklumkan penyokong diminta hadir lebih awal ke Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum pukul 5 petang, bagi mengelak kesesakan semasa waktu puncak pada sebelah petang.
“Ini sekali gus memberi keselesaan kepada penyokong dan warga kota yang ingin pulang dari pejabat.

“Kakitangan dan tren tambahan akan disediakan bagi membawa semua penumpang untuk pulang ke destinasi selepas tamat perlawanan. Justeru, penyokong diminta mematuhi peraturan pihak berkuasa dan menjaga keselamatan diri,” menurut kenyataan itu.
Pengguna juga disaran menggunakan kad Touch n’ Go dan pastikan baki mencukupi, selain dapat menikmati diskaun tambang hingga 25 peratus bagi penumpang dari atau ke Stesen LRT Bukit Jalil sahaja. – SM
(Visited 133 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button