Nasional

Konsep Payung Madani cetusan idea Salahuddin Ayub terus hidup, diperkasakan

IDEA Konsep Payung Rahmah yang dicetuskan oleh BAPA RAHMAH, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub terus hidup dalam rakyat Malaysia Madani dan Ekonomi MADANI.

Jaminan itu diberi oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan menambah, Konsep Payung Rahmah akan terus diperkukuhkan lagi bagi menangani cabaran kos sara hidup.

TINGGAL kenangan… MENTERI Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub menyempurnakan Majlis Pelancaran Inisiatif Payung RAHMAH bersama Foodpanda Malaysia bersama Ketua Pegawai Eksekutif foodpanda Malaysia, Sayantan Das di Ibu Pejabat Korporat foodpanda Malaysia, Bangsar South, hari ini. GAMBAR IHSAN KPDN

Perdana Menteri Anwar dalam ucapan pada Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat berkata, inisiatif cetusan idea Allahyarham Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu akan menjadi pembakar semangat kepada Kerajaan Perpaduan untuk melakukan yang terbaik demi negara.

“Semua yang mengenali beliau amat terkesan sekali dengan pemergian tokoh hebat ini.

“Kerja keras dan kesungguhan beliau dalam menangani beban sara hidup rakyat akan menjadi pembakar semangat untuk kita semua melakukan yang terbaik untuk Malaysia tercinta,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan.

PERDANA Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.

Anwar berkata, Konsep Payung Rahmah adalah antara inisiatif sasaran jangka pendek dalam Ekonomi MADANI telah digerakkan bagi menangani isu-isu segera yang mengesankan rakyat.

Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (hsb) di Alor Setar, Kedah pada Ahad lepas selepas ditidurkan susulan pembedahan akibat pendarahan otak.

Selama hayatnya, Allahyarham Salahuddin amat komited dalam memperjuangkan nasib rakyat terutama berkaitan kos sara hidup. – SM

BACA Program Korban RAHMAH: Econsave Muar sumbang 200 ekor kambing

BACA Jaya Grocer dan Grab Malaysia tawar tiga inisiatif Payung Rahmah

(Visited 150 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button