Politik

DUN Selangor tak bubar, Sultan mahu kerajaan negeri lengkapkan penggal penuh

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mahukan kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan melengkapkan satu penggal penuh pentadbiran.

Dengan itu Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak akan dibubarkan walaupun semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pembubaran Parlimen.

Dalam satu kenyataan, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Sultan Sharafuddin mahu pentadbiran sekarang menumpukan perhatian kepada menjaga kebajikan rakyat, dan bukannya membubarkan DUN berikutan pembubaran Parlimen.

“Saya telah menghadap DYMM Sultan Selangor dalam sesi menghadap berjadual. Saya menyembah maklum persediaan Kerajaan Negeri bagi menghadapi Monsun Timur Laut serta Belanjawan 2023.

“DYMM Tuanku berkenan agar pentadbiran diteruskan supaya dapat memfokuskan usaha menjamin kebajikan rakyat,” kata Amirudin. – SM

(Visited 591 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button