NasionalUncategorized

Warisan meluat bila PKR ‘diberi betis nak paha’

ANALISIS

DIPERSETUJUI hanya lapan, tapi tuntut sehingga 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Itulah fi’il `bagi betis nak paha’ PKR sehingga menyebabkan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal `pening kepala’ dengan kerenah parti itu.

Lebih menjengkelkan Warisan adalah lima kerusi yang dituntut PKR iaitu Petagas, Sook, Kemabong, Membakut dan Matunggong dalah kerusi-kerusi Warisan yang ditandingi dalam pilihan raya umum ke-14.

Pada PRU 2013, PKR menang satu kerusi Parlimen dan tujuh kerusi DUN. Dalam PRU-14 pula, parti itu meraih tiga kerusi Parlimen dan dua kerusi DUN.

Ketua Penerangan MPN PKR Sabah, Simsudin Sidek dalam satu kenyataan kepada Suara Merdeka menuntut kerusi-kerusi berikut ditandingi PKR dalam PRN ke-15 negeri itu kali ini:

Senarai kerusi-kerusi yang ditandingi KEADILAN dalam PRN Sabah 2020.

1. N. 20 Api-Api
2. N. 18 Inanam
3. N. 09 Tempasuk
4. N. 14 Tamparuli
5. N. 05 Matunggong
6. N. 32 Klias
7. N. 45 Sook
8. N. 43 Kemabong
9. N. 61 Segama
10. N. 27 Limbahau
11. N. 51 Sg Manila
12. N. 31 Membakut
13. N. 08 Pintasan
14. N. 23 Petagas

Simsudin mendakwa, PKR adalah sebuah parti pelbagai kaum nasional. Perlembagaan PKR, katanya, mengiktiraf kedudukan istimewa wilayah Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia selaras Perjanjian Malaysia 1963.

“Walaupun parti pernah bertanding jumlah kerusi lebih besar, atas semangat setiakawan dengan rakan seperjuangan, khususnya Warisan PKR hanya bertanding enam kerusi Parlimen dan lapan DUN pada 2018.

“Malah, keanggotaan Keadilan Sabah telah mencecah lebih 170,000 orang, menjadikan Sabah negeri kedua tertinggi dari segi keanggotaan parti selepas Selangor.

“Atas sebab itu, parti kali ini ingin meletakkan 14 orang calon DUN, satu peningkatan yang munasabah memandangkan bilangan kerusi DUN juga meningkat dari 60 sebelum ini kepada 73 untuk Pilihan Raya Negeri Sabah 2020,” kata Simsudin.

Dua rundingan terakhir PKR-Warisan telah melibatkan Mohd. Shafie dan pimpinan tertinggi PKR.

Setakat malam ini, Suara Merdeka dimaklumkan pimpinan PKR belum memutuskan untuk menyertai majlis pengumuman calon Warisan Plus di Kota Kinabalu pagi esok. – SM

(Visited 273 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button