Uncategorized

Annuar Musa tidak dijangkiti Covid-19

Pagi ini Tan Sri Annuar Musa berkongsi foto beliau sedang beriadah di kawasan perumahannya.

Pada masa yang sama beliau juga menasihatkan masyarakat supaya menyebab kesahihan berita yang disiarkan terlebih dahulu kerana terlampau banyak berita palsu disiarkan.

Beliau juga menyentuh ajaran Islam yang mengajar umatnya supaya tidak melulu mempercayai sesuatu berita kecuali selepas diperiksa kesahihannya.

Semalam kecoh Annuar antara tiga orang wakil rakyat yang dijangkiti Covid-19 selain Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Nik Abduh Nik Mat.

Portal berita Utusan Malaysia menyiarkan ketiga-tiga pemimpin itu telah dijangkiti wabak itu ketika parlimen akan bersidang esok.

Bagaimanapun portal berita itu telah memperbetul beritanya pada tengah malam dan memaklumkan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon adalah wakil rakyat ketiga tersebut.

Bagaimanapun berita asal berkenaan telah menjadi tular dan berita yang dikemaskini tidak menyatakan pembetulan fakta asal yang salah sehingga umum masih berpandangan Annuar dijangkiti Covid-19.

Annuar sebenarnya baharu tamat tempoh kuarantin kendiri setelah terdapat kontak rapat dengan salah seorang kakitangan beliau yang dijangkiti Covid-19 dan Annuar disahkan bebas daripada jangkitan wabak berkenaan.

 

(Visited 387 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button