Ekonomi

Ketupat lembik, pengguna diminta hubungi Adabi

MEMANG ‘spoil’ mood raya kalau juadah dimasak untuk santapan pada pagi 1 Syawal tidak menjadi apatah lagi ketupat yang menjadi menu utama tiba-tiba lembik.

Itu memang membuatkan suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri agak terganggu lebih-lebih lagi apabila rakyat Malaysia yang tak ada mood untuk beraya dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tetapi, masalah itulah yang terjadi kepada rakyat Malaysia yang mahu menikmati ketupat segera jenama Adabi apabila ramai mengadu ketupat menjadi lembik walaupun dimasak lebih tiga jam.

Malah, ada yang mengadu ketupat mereka akhirnya basi kerana terlalu lembik dan ditanak terlalu lama.

Walau bagaimanapun, Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (Adabi) yang mengeluarkan produk ketupat itu menyedari produk keluarannya bermasalah.

Dalam satu kenyataan, mereka mengakui kesilapan mereka dan bertindak terhadap aduan yang diterima daripada pengguna.

“Untuk makluman pihak Adabi telah pun mengambil langkah untuk menukar beras yang digunakan agar perkara ini tidak berulang.

“Adabi menghargai maklum balas dari pihak pengguna kami di luar sana dan segala kesulitan berkaitan isu kualiti Ketupat ini amat dikesali.”

https://www.facebook.com/AdabiMY/posts/4053897021339435?__cft__[0]=AZWk09YtrsGwS68GugQeo5H9tXem65mxiOeHv8ejQ6PCMqSoGupnHUZYQjbNTR-gRjpVGlfbiEKKfw1uuhy6efpHAu6ms9O7SKeGIeoxJZaqEC7AFwcURNG6bhdPV-dJJM2cv4H4jo54_RH7oC9o04xU&__tn__=%2CO%2CP-R

Kata Adabi dalam satu kenyataan berhubung aduan ketupat keluaran mereka yang menjadi lembik setelah dimasak.

Mereka kemudian meminta pengguna yang menghadapi masalah sama untuk menyalurkan terus aduan melalui mesej terus (DM) di rangkaian laman media sosial rasmi Adabi.

“Merujuk kepada isu produk ketupat keluaran Adabi yang lembik setelah dimasak, pihak Adabi Consumer Industries mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan para pengguna di luar sana.

“Kami juga ingin memohon maaf di atas sebarang kesulitan dihadapi oleh semua para pengguna kami,” tambahnya. – SM

(Visited 663 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button