Luar Negara

Wanita Arab Saudi lahirkan 10 anak kembar secara normal

SEORANG wanita Arab Saudi melahirkan 10 anak kembar pada Rabu lalu, di mana pasukan perubatan yang memantaunya di King Salman Armed Forces Hospital berjaya membantunya melahirkan secara normal.

Ibu berusia 34 tahun itu melahirkan ketika usia kandungannya memasuki minggu ke-28 manakala 10 kembar itu diisytiharkan sihat dengan berat mereka antara 950-1,100 gram.

Kementerian Arab Saudi bersama keluarga baharu itu berkongsi berita tersebut dengan penduduk melalui akaun Twitter rasminya.

Saudi Gazette melaporkan bahawa pujian terus diberikan atas usaha petugas perubatan di Twitter.

“Alangkah hebatnya pencapaian daripada pasukan yang hebat, semoga tuhan memberikan kejayaan kepada mereka dan segala ucapan terima kasih dan penghargaan kepada pengarah hospital,” kata seorang penyokong, Mjahed Alatawi.

Sementara itu, Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Mejar Jeneral Attia Al-Zahrani menerima ucapan terima kasih dan penghargaan daripada pengikutnya di Twitter.

King Salman Armed Forces Hospital merupakan salah satu hospital terbesar di Kerajaan Arab Saudi yang ditubuhkan pada bulan Ogos tahun 1980.

Kemudahan penjagaan kesihatan meliputi semua kepakaran perubatan dan subkepakaran yang berbeza, menjadikannya rujukan untuk hospital di wilayah barat laut itu.

Ia juga merupakan sebuah hospital kerajaan pertama yang memperkenalkan teknologi endoskopik kepada Kerajaan Arab Saudi pada tahun 1991 dan banyak hospital yang bergabung dengannya seperti King Khalid Armed Forces Hospital. – SM

(Visited 371 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button