Ekonomi

AirAsia tawar e-hailing udara pada 2025

CAPITAL A Berhad melalui cabang perniagaan penerbangannya, AirAsia Aviation Group Limited (AirAsia) bakal menawarkan pengalaman baharu buat pengguna perkhidmatan e-hailing. 

Kini, AirAsia merancang menawarkan perjalan udara menggunakan pesawat electric vertical take-off and landing (eVTOL). 

Perkhidmatan ‘teksi udara’  itu difahamkan akan mula ditawarkan pada 2025 dengan tumpuan diberikan kepada perjalanan yang sukar dijangkau dengan kenderaan darat.

Selain itu, dengan ada ‘teksi udara’ itu dijangka dapat membuka peluang baru bagi sektor pelancongan khususnya untuk destinasi yang sebelum ini hanya dapat dikunjungi dengan kenderaan tertentu.

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes berkata, perkhidmatan itu akan membuka lembaran baru bagi perjalanan jarak pendek.

“Dengan menggunakan perkhidmatan ini, perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke pusat bandar Kuala Lumpur hanya mengambil masa 15 minit dengan kos sekitar AS$50 bagi penerbangan untuk empat penumpang.

“Selain itu, ia juga membuka peluang baru bagi sektor pelancongan seperti ke Genting Highlands atau Pulau Pangkor yang sebelum ini hanya dapat dikunjungi dengan kenderaan dan laluan tertentu saja,” katanya.

AirAsia akan memajak sekurang-kurangnya 100 pesawat ‘electric vertical take-off and landing’ (eVTOL) VX4 daripada Avolon.

Menurut Tony, pesawat jenis VX4 itu menetapkan tahap keselamatan tinggi dengan semua juruterbang perlu menjalani latihan sebagaimana juruterbang pesawat komersial.

Tambahnya, kemunculan perkhidmatan ‘teksi udara’ tidak akan mengganggu perniagaan teksi kerana ia menawarkan laluan berbeza.

“Tumpuan utama perkhidmatan ini adalah untuk sektor pelancongan dan laluan yang belum diteroka AirAsia.

“Selain itu, ia juga boleh digunakan bagi perkhidmatan lain seperti penghantaran barangan dan sektor kesihatan,” katanya. -SM

(Visited 253 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button